Tips Pikat Pelabur

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali,

Wow, sekejap saja masa kita dah selesai minggu pertama di tahun baru. Bagi orang bisnes, awal tahun adalah waktu untuk melakukan langkah-langkah awal untuk memajukan lagi bisnes. Tidak hairan jika waktu ini mereka juga telah mula mengintai untuk mendapatkan pelabur-pelabur yang boleh menjadi booster kepada perniagaan mereka.

Anda pernah menonton Shark Tank?

Tips Pikat Pelabur

Kalau anda peminat Shark Tank, anda pasti tidak sabar melihat pengusaha bisnes melakukan pitching kepada ikon-ikon billionaire bisnes hebat seperti Kevin O’Leary, Daymond John, Barbara Corcoran, Robert Herjavec, Lori Greiner dan Mark Cuban. Ada yang berjaya dan ramai yang gagal.

Setelah dah beberapa season program ini berlangsung, saya sempat menganalisa antara mereka-mereka yang berjaya dalam melakukan pitching dan boleh dikatakan ada 5 sebab UMUM yang membuatkan mereka mampu menambat hati pelabur walaupun pada asalnya produk mereka tidak sekuat mana.

Tips Pikat Pelabur

Pertama: Biarkan pelabur melihat passion anda.

Saya faham kalau ada yang berkata pelabur-pelabur ini adalah jenis orang analytic, tapi apabila bernama manusia, passion kita mampu menarik perhatian mereka.

Pitching lebih berkesan jika ia menambat emosi. Robert Herjavec, dalam sebuah temubual, pernah berkata keputusan awal pelabur ini untuk melabur bukannya bermula dengan proses logik. Ia bermula dengan kata hati dan perasaan mereka. Kemudiannya barulah ia dituruti dengan keputusan secara analitik. Anda perlu membuatkan mereka berkata ‘Wow’, dan harus bersifat menambat hati dan bukannya mendidik.

Dalam Shark Tank musim kelima, seorang pengusaha steak berjaya membuatkan kelima-lima pelabur teruja dengan cara beliau melakukan pitching. Keterujaan Bubba dalam menerangkan bisnesnya, umpama magnet yang membuatkan kelima-lima pelabur turut teruja dengan penerangan beliau.

Bahasa badan adalah saluran komunikasi yang kuat dikaitkan dengan emosi. Apabila emosi kita menunjukkan kita bersemangat dengan bisnes kita, ia  akan membuatkan tone suara dan tindakan kita dapat dizahirkan dengan lebih baik. Pamerkan bahasa badan berpengaruh, anda pasti boleh membuatkan pelabur membuka mata untuk melabur di dalam  bisnes kita.

Tips Pikat Pelabur

2. Berkeyakinan dan Berkredibiliti

Dari perspektif bahasa badan, usahawan yang berpengaruh, mempunyai kemampuan mempamerkan dua set komunikasi bukan lisan. Set pertama mempamerkan status, autoriti dan keyakinan yang tinggi. Kita dapat melihat set ini melalui cara berdiri, kedudukan bahu, kedudukan dagu, bercakap dengan jelas dan tenang.

Set kedua pula meliputi kemesraan, empati dan rasa keupayaan untuk membuatkan orang lain menyukai kita. Ia dapat dikesan melalui bahasa badan terbuka, cara duduk, eye contact, senyuman dan sentuhan.

Isunya dengan beberapa usahawan hari ini, mereka tidak mempamerkan keseimbangan komunikasi mereka dengan bahasa badan dengan baik. Kadangkala apa yang berlaku ialah mereka mengetahui maksud secara umum sahaja dan tidak jelas dengan cara yang sebenar, ia membuatkan kita merasa mereka terlebih yakin hingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan klien.

Jika kita ingin mempamerkan karisma terbaik, pastikan kita seimbangkan bahasa badan kita dengan betul dengan komunikasi yang cuba kita sampaikan.

3. Cara bersalam yang betul

Sentuhan yang betul merupakan bahasa badan yang hebat. Sentuhan pertama yang kita boleh lakukan pada orang lain adalah dengan bersalaman. Otak kita diprogramkan untuk merasa diri lebih dekat dengan seseorang apabila kita boleh menyentuh mereka. Orang yang disentuh juga akan merasa ‘dekat’ dengan kita.

Menurut kajian bersalaman yang dilakukan oleh Center of Traders Show, USA, menunjukkan seseorang akan lebih mudah mengingati seseorang yang lain apabila mereka berjabat tangan. Pengkaji turut menemui seseorang akan merasa lebih terbuka dan mesra apabila kita bersalaman dengan orang lain. Ketika menemui bakal pelabur, pastikan kita bersalaman dengan betul dengan mereka. Pastikan anda mengikuti dan mengingati panduan ini:

a) Pastikan tangan kanan anda bebas dari sebarang pegangan. Gunakan tangan kiri untuk memegang beg, kertas, telefon bimbit dan sebagainya supaya kita boleh terus menghulurkan tangan kanan dengan mudah untuk bersalaman.

b) Pastikan juga tapak tangan kita bersalaman secara tegak, dan bukannya menghalakan tapak tangan ke bawah. Apabila kita bersalaman dengan seseorang sambil tapak tangan kita menhala ke bawah, kita akan dipandang sebagai seorang yang ego dan sukar bertolak ansur, akhirnya mengakibatkan pelabur memberi persepsi yang tidak baik kepada kita.

c) Elakkan daripada menekan tangan orang lain ketika bersalaman terutamanya apabila bersalaman dengan wanita (khusus pada yang bersalaman dengan sesiapa sahaja) kerana ia turut memberikan impresi tidak baik.

d) Berikan eye contact dengan betul. Jika anda seorang pemalu, berikan eye contact ke arah hidung pelabur tersebut, kerana pelabur akan merasa menerima eye contact walaupun kita memandang ke arah hidungnya.

e) Ukirkan senyuman

f) Pastikan arah badan kita menghala ke arah pelabur dan bukannya menyimpang daripadanya

g) Pastikan juga ketika berjabat tangan, tapak tangan kita bersalaman penuh mengenai tapak tangannya. Kajian mendapati seseorang yang tidak melekapkan tapak tangan dengan penuh akan memberikan persepsi mengambil ringan dan tidak ikhlas menghulurkan salam.

InsyaAllah, jika kita melakukannya dengan baik, dengan menyeimbangkan bahasa badan kita dengan komunikasi yang kita cuba sampaikan pada seseorang, khususnya pelabur, kita akan menerima lebih banyak kelebihan dalam membentuk hubungan dengan baik dengan bakal pelabur.

Do it NOW, later means NEVER.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *