Training

Kami menawarkan konsultasi bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pembangunan latihan organisasi

MALAYSIA’S BODY LANGUAGE FACILITATOR PROGRAM (MBLF)

MBLF merupakan sebuah program latihan untuk speaker, coach, trainer, kaunselor, usahawan, peguam dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu bahasa badan secara menyeluruh. Bersama Team Pakar Bahasa Badan, kami akan melatih anda bagaimana untuk menganalisa, membaca serta mempraktikkan bahasa badan dengan cara yang betul.

Istimewanya MBLF ini ialah, anda juga akan mempelajari Bahasa Badan Baru daripada Pakar Bahasa Badan sendiri seterusnya diberikan platform bagi program-program anjuran Team Pakar Bahasa Badan.

Program ini akan diadakan empat kali dalam tempoh setahun dan mengambil masa selama 3 hari per sesi. Sila pastikan anda menerima makluman daripada kami mengenai program ini dan daftarkan diri anda dengan klik pada ruangan tempahan di www.PakarBahasaBadan.com/mblf

INTENSIVE NEGOTIATION & SALES PRESENTATION (INS)

INS merupakan sebuah program latihan yang membantu peserta yang selalu berurusan dengan klien sama ada secara face-to-face ataupun bercakap di khalayak ramai. INS menggabungkan pendekatan Bahasa Badan Baru, NLP, Hipnosis dan Pengucapan Awam yang diolah khusus untuk memudahkan proses perundingan & mempengaruhi klien.

Program ini sesuai dihadiri oleh Bahagian Sumber Manusia, Kaunselor, Pegawai Psikologi, Pemimpin Organisasi, Pendakwah, Guru-guru, Agen Insurans, Pegawai Jualan dan seumpama dengannya,

Peserta yang mengikuti program ini akan mendapat khidmat konsultasi selepas program daripada Team Pakar Bahasa Badan selama 6 bulan  secara PERCUMA.

TRAIN-THE-TRAINER BODY LANGUAGE MASTERY

TRAIN-THE TRAINER BODY LANGUAGE MASTERY merupakan sebuah program latihan untuk speaker, coach, trainer dan juga mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia latihan pembangunan insan. Bersama Team Pakar Bahasa Badan, kami akan melatih anda bagaimana untuk berada di pentas, mengendalikan seminar, menjadi coach dan mengendalikan program latihan secara online.

Istimewanya TTT ini ialah, anda juga akan mempelajari Bahasa Badan Baru daripada Pakar Bahasa Badan seterusnya diberikan platform bagi program-program anjuran Team Pakar Bahasa Badan.

Program ini akan diadakan dua kali dalam tempoh setahun. Sila pastikan anda menerima makluman daripada kami mengenai program ini dan daftarkan diri anda dengan klik pada ruangan tempahan di www.PakarBahasaBadan.com

ULTIMATE BREAKTHROUGH PROGRAMS (UBP)

UBP merupakan program-program latihan yang disusun bagi memperkasa organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan bagi merealisasikan visi dan misi, iaitu dengan mengasah dan membangunkan aset paling penting dalam organisasi iaitu sumber manusia.

Daripada program latihan, program, kursus hatta perundingan – Team Pakar Bahasa Badan amat teruja untuk terus menyerlahkan potensi semua individu bagi menjadikan mereka terbaik di antara yang terbaik dalam bidang mereka ceburi. Modul-modul di dalam UBP ini adalah khusus mengikut keperluan organisasi dan sumber manusia hasil dari kajian mendalam sama ada dari aspek pembangunan jatidiri, kerja berpasukan, pemerkasaan kemahiran serta mendidik sikap integriti dan akauntabiliti. Dengan pendekatan Blue Ocean Strategy, modul-modul yang ditawarkan menggabungkan elemen Bahasa Badan Baru, NLP dan Hipnosis serta sentiasa dikemaskini setiap masa bagi memastikan pengisian adalah terkini dan mengikut trend semasa Modul-modul yang ditawarkan adalah seperti berikut: