Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hari ini sudah hari ketiga kita telah lalui untuk tahun 2017. Cepat benar masa berlalu. Kami dari team Pakar Bahasa Badan dan juga Kaunselor Anda ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua, khususnya kepada yang telah bersama-sama dengan team Pakar Bahasa Badan dalam kursus-kursus dari tahun 2013 sehingga 2016. Sokongan anda semua menjadikan kami sentiasa bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan anda semua.

2016 merupakan tahun yang indah bagi team Pakar Bahasa Badan kerana telah melangkah satu tahap lagi dengan menganjurkan Kursus Pensijilan Malaysia’s Body Language Facilitator Program (MBLF) yang julung kali diadakan. Kursus ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dalam menjadikan urusan harian menjadi lebih mudah dan menarik dengan menjadikan bahasa badan klien sebagai strategi untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Di sini kami ingin kongsikan bagaimana kita boleh menjadi tahun 2017 sebagai tahun yang menarik untuk anda semua. Kami telah melakukan resolusi ini sejak dari tahun 2013 dan ia menjadikan tahun-tahun yang kami lalui lebih indah kerana selain ia menjadikan setiap perancangan kami terlaksana, ia juga menjadikan hidup kita sentiasa berkembang dengan baik.

6 Tips tersebut ialah:

1.  Set Matlamat yang Tepat

Buku pertama yang saya baca ketika memulakan kerja sebagai trainer ialah buku daripada John Assaraf. Ia berkaitan bagaimana kita ingin meletakkan matlamat agar ia terlaksana, lebih cenderung kepada konsep Law of Attraction. Di dalam buku tersebut, penulis menyarankan agar matlamat yang kita letakkan perlu dikembangkan tetapi syaratnya boleh diukur dan dicapai.

Usah letakkan matlamat yang susah untuk dicapai. Fokuskan seakan-akan kita boleh rasa kita berjaya mencapai matlamat tersebut. Penulis juga menyarankan agar kita menulis setiap matlamat kita. Kenapa perlu ditulis? Dengan kita melihat (visual) apa yang ditulis, ia dirakamkan dalam minda untuk dijadikan visi. Visi akan mencetuskan emosi dan perasaan untuk mencapai matlamat yang ditulis tadi. Emosi pula akan menggerakkan action untuk berusaha agar impian tersebut dapat dicapai.

Vision Board Shahrom Hassan

2. Sediakan Plan Untuk Setiap Matlamat

Meletakkan matlamat saja belum menjamin matlamat tersebut boleh dicapai. Matlamat yang kita letakkan tidak akan boleh dicapai jika tidak disertakan plan untuk mencapai matlamat tersebut. Plan tersebut tidak boleh dicapai jika hanya diletakkan satu plan saja, ia memerlukan beberapa plan yang berterusan.

Kami di team Pakar Bahasa Badan sentiasa menggunakan satu teknik dalam menyusun plan kami, iaitu dengan menulis setiap plan tindakan pada kalendar. Setiap kali melihat kalendar, kami tahu apa tindakan yang harus dibuat pada hari tersebut. Jika anda ingin gunakan teknik ini, kami alu-alukan dan kami berdoa agar plan tindakan anda akan membawa anda berjaya mencapai matlamat yang anda tetapkan.

3. Letakkan Metrik

Buku yang saya baru saja beli dari Big Bad Wolf baru-baru ini ialah sebuah buku dari Peter Drucker. Beliau mengatakan, “jika anda tidak mampu mengukur matlamat anda, anda tidak mampu menguruskannya”. Pastikan ia ada input dan juga output. Maksud input ialah usaha yang anda lakukan untuk matlamat tersebut boleh dicapai. Output pula ialah hasil dari tindakan yang diambil.

Sebagai contoh, jika anda berazam untuk tahun 2017 anda ingin menurunkan berat badan sebanyak 24kg, ia juga bermaksud pada Jun 2017 nanti anda telah banyak mengurangkan berat sebanyak 12kg. Jika separuh perjalanan telah banyak dilaksanakan, pastinya baki perancangan seterusnya anda juga boleh uruskannya dengan baik.

4. Inspirasikan Diri

Cara terbaik dalam memberi rangsangan untuk terus maju ke hadapan ialah inspirasi. Anda boleh membaca buku-buku atau menonton di Youtube mengenai tokoh-tokoh yang hebat. Pasti tokoh-tokoh ini mempunyai pengalaman dan cabaran yang hebat sebelum berjaya dalam bidang masing-masing. Ia akan membuatkan kita berinspirasi untuk berjaya seperti mereka. Sebagai contoh, saya suka menonton filem yang diadaptasi dari kisah benar, iaitu Pursuit of Happyness (sengaja ditulis dengan ‘y’) dalam mengambil inspirasi dari Chris Gardner untuk mencapai matlamat hidup.

5. Cuba Perkara Baru

Brian Tracy dalam bukunya, Reinvention, ada menyebut bahawa orang yang berjaya bukanlah orang yang bijak atau paling kuat, tetapi ialah orang yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Zaman sekarang ialah zaman yang banyak menggunakan apps dan teknologi. Sibukkan diri kita dengan mempelajari teknologi ini seperti mendalami ilmu seperti Online Marketing, Business Model Canvas  dan banyak lagi. Pendek kata, kita sentiasa belajar dan sesuaikan diri, insyaAllah kita mampu seiring walau perkembangan arus kemodenan bergerak dengan begitu pantas.

Inspirasikan Orang Lain

6. Inspirasikan Orang Lain

Hidup ini bukan sekadar menerima saja, tetapi juga perlu diberi. Penulisan ini juga adalah salah satu metod yang digunakan untuk memberikan inspirasi kepada orang lain untuk terus berjaya mencapai matlamat hidup. Percayalah, dengan memberi inspirasi kepada orang lain, kita semakin jelas dengan matlamat kita. Kita akan dapat strategi baru kerana apabila kita berkongsi, hakikatnya minda kita project dan berkembang dengan lebih kreatif.

Jom kita jadikan tahun 2017 sebagai tahun yang bukan sahaja tahun yang mampu mencapai setiap azam yang diimpikan tetapi juga tahun yang indah dalam hidup kita. Kami telah lakukannya beberapa tahun dan Alhamdulillah, kami berjaya mencapai setiap maklumat yang diazamkan.

Do it NOW, later means NEVER.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *