trump sworn

Assalamualaikum,

Hai semua, apa khabar? Lama tak bertemu, almaklumlah banyak perancangan untuk tahun 2017 ini yang perlu dibuat. InsyaAllah tahun ini, saya akan berkongsi ilmu supaya ramai di kalangan kita selepas ini yang mampu menganalisa serta membaca bahasa badan seseorang.

Kali ini saya ingin berkongsi kepada semua, analisis bahasa badan yang saya lakukan sewaktu Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Terima kasih kepada Cikpuan  Emmy Hermina Nathasia yang berkongsi link video ini. Kepada yang ingin menonton boleh lihat di link ini, https://www.facebook.com/FoxNews/videos/10155020403316336/

Pada majlis angkat sumpah ini, bekas-bekas Presiden juga turut hadir dan kerana itu, usah terkejut Hillary Clinton juga turut berada di situ kerana beliau berada di situ kerana pernah menjadi the First Lady of United States of America, sewaktu suaminya Bill Clinton menjadi Presiden.

Hillary menarik nafas

Gambar-gambar di atas adalah sewaktu mereka sedang menunggu nama mereka dijemput. Gambar pertama adalah sewaktu mereka baru sahaja menuruni tangga dan kelihatan mereka berdua dalam keadaan yang tenang. Namun gambar kedua pula, adalah beberapa saat selepas itu, di mana Hillary menarik nafas yang agak dalam dan jika dilihat dari ekspresi wajahnya, tergambar wajah ketidak selesaan beliau untuk berada di majlis ini.

Pada pendapat saya, beliau masih bersedih dengan kekalahannya dan melihat impian dirinya sebagai Presiden pertama yang dilantik di kalangan wanita tidak tercapai. Apatah lagi perlu berada di situ untuk melihat lawannya dilantik sebagai Presiden seterusnya. Perlu diingat, Hillary dan Trump saling membenci antara satu sama lain. Moment ini boleh dilihat pada moment 1:10:23.

Selepas Bill Clinton, Barack Obama antara yang diiktiraf sebagai seorang yang mahir menggunakan bahasa badan dengan baik, Jika dilihat pada gambar ini, beliau menghulurkan salam kepada keluarga Trump sambil belly button menghala ke arah mereka. Jika ingin tahu sama ada seseorang itu berniat tulus dengan kita, lihatlah arah ‘belly-button’nya menghala ke arah kita.

trump sworn

Ketika sesi mengangkat sumpah, saya tertarik untuk melihat bibirnya kerana dari segi micro facial expressions, Trump mempamerkan dirinya seorang yang berkuasa dan tenang, walaupun ketika beliau menyebut namanya, terpancar wajah egonya di situ.

Bibir merupakan bahagian yang kita boleh lihat sama ada beliau yakin atau tidak yakin, stress atau tidak, atau bercakap benar atau sebaliknya, semuanya boleh dilihat melalui pergerakan bibir seseorang.

“I, Donald J. Trump solemnly swear” (Reaksi wajahnya mempamerkan ketenangan di samping sedikit ego, kerana namanya merupakan satu jenama besar dan kini jenama Trump menguasai White House)

“That I will faithfully execute…” (bibirnya tenang rapat selepas menyebut execute)

“the office of the President of the United States…” (bibirnya masih tenang ditutup rapat)

“…and will to the best of my ability…” (bibirnya masih tenang ditutup rapat selepas perkataan ability)

“preserve, protect and defend…” (pergerakan bibirnya lambat sedikit daripada sebutan-sebutan sebelumnya serta menarik nafas yang dalam, ia memberi gambaran ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan mencabar dan subconscious nya menyatakan ia tidak mampu melakukannya seorang diri)

Sejurus selepas majlis mengangkat sumpah, beliau meraikan bersama keluarganya serta kemudiannya bersalaman dengan bekas Presiden, Barack Obama sambil tangan kirinya memegang bahu Obama. Ini menunjukkan posisi dan kedudukannya kini adalah tertinggi dan memberi isyarat kepada Obama, “I’m the top dog now”.

Mengenai posisi tangannya ketika mengangkat sumpah serta pergerakan bahasa badannya ketika ucapan, saya simpan analisisnya untuk dikongsikan di Malaysia’s Body Language Facilitator Program nanti.

Itu adalah sedikit analisis yang saya boleh ulas dari aspek bahasa badan di dalam majlis angkat sumpat Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *