Selesai menonton satu rancangan Netflix bertajuk ‘Jeffery Epstein: Filthy Rich’.
.
Dokumentari ini berkisar kepada seorang billionaire yang misteri bernama Jeffery Epstein yang telah terlibat dalam kes rogol, cabul dan perdagangan remaja bawah umur.
.
Dokumentari ini menemuramah mangsa-mangsa yang menjadi mangsa Epstein yang mempunyai hubungan rapat dengan Donald Trump, Bill Clinton, Prince Andrew dan ramai nama besar lain.
.
Apabila Jeffery di bawa ke mahkamah, ramai nama besar ini memberikan kenyataan berbentuk ‘Distancing Language’. Bak kata pepatah, rakan masa suka senang dicari, waktu susah melarikan diri.
.
Nak tahu apakah yang dimaksudkan Distancing Language, boleh lihat di dalam video saya di YouTube 😊👍
.
Menariknya, ada satu temuramah wartawan bersama Prince Andrew adakah beliau mengenali Jeffery Epstein. Beliau menafikan ada hubungan rapat dengan Epstein. Namun, setelah selesai diwawancara, wartawan mengeluarkan gambar beliau sedang memegang pinggang seorang gadis bawah umur. Epstein juga ada di dalam gambar itu. Terciduklah dia di situ 😅
.
Bagi yang telah mengikuti kelas saya, cuba lihat bahasa badan dan verbal statement dalam dokumentari ini kerana boleh dijadikan sebagai rujukan baik 😊👍
.
Lebih menarik, wujudnya ‘tangan ghaib’ di mana Epstein didakwa membunuh diri dengan menggantungkan diri di penjara ketika kesnya masih dalam perbicaraan.
.
.
Siapakah tangan ghaib tersebut, Wallahu A’lam.
.
When Body Speaks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *