Komunikasi Bukan Lisan (Nonverbal Communication) berlaku tanpa kata-kata, di mana bahasa badan dan konteks persekitaran terlibat di dalam daerah ini.

Ia bertindak melalui bagaimana mesej disampai dan dizahirkan. Kalau nak bercakap mengenai bahasa badan, ada banyak aspek di dalamnya seperti eye contact, pergerakan tangan, postur badan dan sebagainya.

Bagi yang mengikuti kelas saya, pasti akan ingat di awal-awal kelas, Bahasa Badan tidak semuanya Universal, hanya Micro Facial Expressions sahaja yang bersifat Universal. Kenapa Bahasa Badan tidak sepenuhnya Universal? Ini kerana latar belakang BUDAYA seseorang atau masyarakat setempat yang menzahirkan signal berbeza.

Sebagai contoh, masyarakat Barat lebih mudah untuk menzahirkan bahasa badan mereka secara terbuka berbanding Asia. Orang Asia pula, cenderung menzahirkan dengan menyelitkan elemen sopan dan hormat kepada orang lain.

.

Sebagai contoh, kita boleh melihat gambar di atas di mana berlaku pada dua waktu yang berbeza.

Gambar di atas, kita dapat melihat Kamala Harris, yang mempunyai kacukan darah Asia berdiri berdekatan dengan Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 dengan mempamerkan bahasa badan yang menghormati dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden.

Berbeza pula dengan gambar dibawahnya, Joe Biden mempamerkan bahasa badan yang mempamerkan kuasa secara terbuka, walaupun ketika itu beliau hanya Naib Presiden kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, iaitu Barack Obama.

Oleh itu, kita perlu fahami di sini, bahasa badan TIDAK SEMUANYA UNIVERSAL, kerana ada juga perbezaan berlaku dari aspek latar belakang budaya dan kawasan. Sebagai contoh, boleh klik di link ini:
http://pakarbahasabadan.com/blog/senyuman-orang-russia/

Jika kita lihat senario di negara kita, salah satu contoh perbezaan yang boleh dilihat ialah memegang kepala orang lain. Bagi masyarakat di Malaysia, memegang kepala orang lain adalah suatu tindakan yang disifatkan sebagai biadap dan tidak menghormati orang lain. Berlainan pula dengan masyarakat di negara-negara Arab, di mana memegang kepala orang lain menandakan rasa sayang dan persahabatan.

Kesimpulannya, pemahaman bahasa badan antara budaya mudah untuk kita fahami jika belajar dan mengambil tahu mengenainya. Apabila kita belajar dan fahami dengan baik, insyaAllah, kita mudah untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau berbeza negara dan bangsa.

When Body Speaks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *