Pembaharuan yang boleh dilihat dalam bola sepak hari ini ialah melantik jurulatih muda, khususnya di kalangan bekas pemain mereka sendiri.

Barcelona memulakannya apabila melantik Pep Guardiola menggantikan Frank Rijkaard. Ramai tertanya, bolehkah Pep melakar kejayaan?
.
Pep mencorak suatu sistem dalam taktiknya yang dikenali sebagai Tiki Taka. Sistem dan barisan pemain yang betul, terutama tonggak utama Lionel Messi menjadikan Barcelona kuasa bola sepak untuk beberapa tahun.
.
Kemudian Pep berhijrah ke Manchester City.
.
Real Madrid juga melakukan perkara yang sama dengan melantik Zinedine Zidane sebagai jurulatih. Mampukah dia?
.
Barisan pemain hebat terutama tonggak utamanya Cristiano Ronaldo menjadikan Real Madrid mengungguli La Liga dan UEFA Champions League beberapa tahun. Tapi pasukan sedikit berbeza apabila CR7 berpindah ke Juventus.
.
Manchester United juga melakukan perubahan yang sama apabila melantik Ole Gunnar Solksjaer mengemudi pasukan. Sedikit goyah pada tahun pertama tetapi kini mulai mendapat rentak.
.
Chelsea juga melakukan pembinaan semula pasukan dengan melantik Frank Lampard. Walaupun tidak dibenarkan melakukan pembelian dalam jendela perpisahan, beliau berjaya membentuk pasukan lebih-lebih lagi dengan barisan pemain muda yang hebat
.
Terbaru, Juventus telah membuat perubahan apabila memecat Sarri dan melantik bekas pemainnya, Andrea Pirlo sebagai jurulatih. Begitu juga dengan Arsenal yang melantik Mikel Arteta.
.
Baik, apa yang saya ingin bawakan di sini ialah, kelab-kelab besar sanggup membuat perubahan drastik dengan melantik jurulatih baru dan hanya berpengalaman setahun jagung.
.
Risiko memang besar namun perubahan hanya boleh berlaku apabila orang muda dibenarkan untuk mara ke hadapan.
.
Jika kita lihat konteks yang lebih besar, terutama konteks kepimpinan hari ini, perubahan hanya akan dapat dilakukan sekiranya orang muda dibenarkan memainkan peranannya. Mereka nampak perubahan yang bagaimana perlu dibuat.
.
Risiko boleh dikecilkan apabila setiap orang muda mempunyai mentor yang bukan setakat sahaja membimbing tetapi juga membentuk peribadi orang muda.
.

Andai tiada orang muda yang di kira boleh di bawa ke hadapan, bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada organisasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *