Kursus Pentauliahan BLC Bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam Kursus Pentauliahan Body Language Code Basic Practitioner (BLC).

Seramai 12 orang yang terdiri daripada hakim-hakim, peguam-peguam dan pegawai-pegawai sulh telah mengikuti kursus selama 3 hari bermula 8 Julai sehingga 10 Julai 2019.

Menariknya mengenai kursus ini, Ketua Pengarah, merangkap Ketua Hakim Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, turut mengunjungi ke program ini sambil memberikan ucapan. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan kepentingan bahasa badan dan al-Quran turut merakamkan beberapa ayat-ayat yang memperihalkan bahasa badan secara terang-terangan.

Berikut adalah beberapa kenangan sepanjang kursus berlangsung:









Seperti kebiasaan, pada hari terakhir kursus, peserta akan diberikan ujian untuk menilai keupayaan mengesan bahasa badan di dalam tugasan diberikan.

Sebagai Coach, saya amat berharap agar ilmu ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Apabila para hakim, peguam dan pegawai sulh turut mempunyai kemahiran mengesan bahasa badan dengan baik, insyaAllah akan dapat memudahkan tugas seterusnya menyelesaikan kes-kes dengan lebih baik lagi.

Amin….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *