Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...

5 RAHSIA BAHASA BADAN SETIAP KETUA PERLU TAHU

5 RAHSIA BAHASA BADAN SETIAP KETUA PERLU TAHU

InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi ilmu bahasa badan kepada barisan ketua jabatan yang akan menggunakannya ketika bersama staf.

Antara intipati yang saya akan kongsikan ialah 5 Rahsia Bahasa Badan Yang Semua Ketua Perlu tahu.

Nak tahu? Mari saya kongsikan:

Pertama:

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kita membuat 11 keputusan penting tentang seseorang sama ada secara sedar atau separa sedar dengan menilai nonverbal dalam tempoh tujuh saat yang pertama.

Jadi tidak hairanlah apabila seseorang melabel kita sebagai “seorang yang menyenangkan” atau “tidak disukai,” “berpengaruh” atau “tunduk,” kerana segala yang anda lakukan akan dilihat melalui skop ini.

 

Kedua

Tahukah anda bahawa dalam komunikasi di antara dua orang boleh menghantar lebih daripada lapan ratus isyarat nonverbal yang berbeza dalam rundingan selama tiga puluh minit.

Oleh itu, jika kita memberi tumpuan kepada komunikasi lisan sahaja dan mengabaikan nonverbal, kita bakal terlepas peluang untuk memetrai rundingan dan tertanya-tanya mengapa ramai yang berjaya melakukannya tetapi kita tidak berjaya seperti yang sepatutnya.

Ketiga

Apabila kata-kata dan bahasa badan kita tidak diselaraskan, kita akan nampak seperti tidak masuk akal.

Para pakar neurosains menggunakan mesin elektroencephalograf (EEG) untuk mengukur “potensi berkaitan peristiwa” iaitu gelombang otak yang membentuk puncak dan lembah.

Salah satu lembah yang dikenali sebagai N400, berlaku ketika ditunjukkan gerak isyarat bahasa badan yang bertentangan dengan apa yang dikatakan.

Ini adalah penurunan gelombang otak yang sama yang berlaku ketika mendengar bahasa yang tidak masuk akal.

Keempat

Terdapat dua set isyarat nonverbal yang dicari-cari oleh para pemimpin iaitu ‘status & autoriti’ dan ‘mesra & empati’.

Menariknya para pemimpin yang dapat menguasai set ini ialah yang menggunakan isyarat bahasa badan yang tepat pada masa yang tepat.

dan yang Kelima,

Bahasa badan kita sering diperhatikan.

Kunci untuk menggunakan bahasa badan yang berkesan adalah memahami bagaimana setiap ungkapan, gerak isyarat, hubungan mata, penggunaan ruang, postur, dan semua aspek lain dalam komunikasi nonverbal berkemungkinan besar boleh ditafsirkan oleh orang lain.

Dan tafsiran inipula kemungkinan besar mempengaruhi seseorang untuk berurusan dengan kita.

Kesimpulannya, setiap ketua perlu tahu kepentingan menggunakan bahasa badan yang betul ketika memimpin organisasi.

Andai lisan sahaja yang diperhatikan, peluang untuk meneroka aspek yang lebih besar bakal terlepas dari genggaman.

DAPATKAN EBOOK BAHASA BADAN PERCUMA DI SINI
Masukkan Emel Anda & Klik 'Download Sekarang!'
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Kami Benci SPAM. Usah Risau, Emel Anda Tidak Akan Dijual Atau Diberikan Kepada Sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...