Kisah Huffaz

Apa agaknya yang berlaku apabila setiap huffaz ini ditanyakan soalan yang mereka tak sangka?

Di dalam video ini, setiap daripada mereka diberikan mushaf kosong dan kemudian ditanya, apakah perasaan mereka jika ditakdirkan Allah ‘menarik’ al-Quran dari ‘dada’ mereka?

Setiap mereka kelu tidak terkata, tiada jawapan diberikan sejurus selepas soalan ditanya. Yang ada hanyalah reaksi bahasa badan yang merumuskan perasaan mereka.

Apa yang boleh dilihat ialah:
1. Wajah ditunjukkan
2. Tangan menutupi wajah

Dalam konteks video ini, wajah ditundukkan bermaksud merasa malu.

Namun di dalam konteks video ini, huffaz ini merasa malu dan menandakan kerendahan diri mereka sebagai hamba.

Tangan menutupi wajah mula ialah perasaan khuatir dan malu akan diri mereka sebagai hamba yang sangat kerdil kepada Yang Maha Esa.

Semoga Allah mengekalkan al-Quran di dalam jiwa kita. Biarpun kita tidak menghafal sepenuhnya, tetapi tetap dibuka hati untuk membacanya setiap masa.

https://www.youtube.com/watch?v=mgnidaGNK-M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *