Assalamualaikum,

.

Bertemu kita sekali lagi pada entri kali ini.

.

Kali ini saya ingin berkongsi perkongsian ilmu yang baru saja selesai bersama warga Kementerian Dalam Negeri KDN), Putrajaya di dalam Kursus Body Language at Workplace.

.

Program ini adalah rentetan daripada perkongsian yang saya sampaikan sebelum ini, di mana sambutan pada perkongsian yang begitu menggalakkan pada Konvensyen Psikologi Kementerian Dalam Negeri 2017.

.

Walaupun sehari, namun saya percaya banyak yang boleh di bawa ke organisasi masing-masing yang terdiri daripada Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, dan beberapa organisasi lagi.