Assalamualaikum,

.

Hari ini saya merasa sangat teruja apabila selesai mengendalikan program bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara, di mana suatu masa dahulu sekitar tahun 2006, saya pernah berkhidmat di sini.

.

Dalam program ini, fokus utama ialah membantu warga kerja JLKN dalam mengaplikasikan Neuro Linguistic Programming (NLP) di Tempat Kerja. Oleh itu fokus saya ialah membantu dalam berkongsi NLP dalam 3 perkara iaitu memperbaiki komunikasi, penyelesaian masalah dan juga membentuk kecemerlangan peribadi.

.

Alhamdulillah, peserta juga memang awesome apabila bilangan hari kedua lebih ramai daripada hari pertama kerana penangan maklumat daripada mulut ke mulut hehehe.

.

InsyaAllah saya akan bertemu sekali lagi untuk suatu projek pada tahun 2018. Doa-doakan agar projek ini berjaya dilaksanakan seterusnya memberi manfaat kepada ramai warga JLKN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *