Assalamualaikum,

.

Alhamdulillah, kali ini bertemu lagi. Hari ini saya baru sahaja selesai mengendalikan program di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ia ada sebuah program bertajuk Body Language at Workplace, bersempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2017.

.

Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di UMP dan suasana di sini agak sejuk di mana hujan turun dengan lebat pada hari semalamnya. Walaupun sejuk tetapi suasana menjadi hangat dengan respon peserta yang sangat awesome dan sporting sepanjang program ini berlangsung.

.

Memahami bahasa badan di tempat kerja amat penting, terutamanya yang terlibat secara langsung dengan Bahagian Sumber Manusia. Bermula dari aspek pemilihan calon pekerja yang terbaik, kelihatan berpengaruh hatta kepada menyelesaikan isu-isu politik pejabat mahupun mengesan penipuan.

.

InsyaAllah kita bertemu lagi pada entri yang akan datang. Di sini saya kongsikan beberapa moment sepanjang program ini berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *