Tahun Baru 2019

.

Selamat tahun baru 2019.. Lama kita tidak ‘bersua’ dalam arena blog. Sedar tidak sedar kita telah pun masuk ke tahun baru. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 buat pencinta ilmu khususnya Bahasa Badan. Dengan masuk tahun baru 2019, sudah 6 tahun saya telah membawa ilmu bahasa badan ini secara serius.

.

.

Bagaimana dengan azam tahun lepas? Ramai yang berjaya laksanakan azam masing-masing?

.

Alhamdulillah, saya berjaya melaksanakan 85% azam bagi tahun 2018. Bakinya lagi lebih kepada faktor semasa, di mana azamnya ialah untuk membawa keluarga menjalani ibadah umrah. Namun atas faktor kesihatan ayahanda, azam tersebut di bawa ke tahun 2019. Doakan semoga impian saya dapat dilaksanakan untuk tahun ini.

.

InsyaAllah, bagi tahun 2019, saya telah aturkan beberapa pendekatan untuk memudahkan ilmu bahasa badan ini ‘sampai’ kepada anda semua. Kaedah terdekat ialah Mobile Apps di mana saya akan berkongsi bagaimana menggunakan bahasa badan dalam TIGA setting kehidupan iaitu:

  1. Bahasa Badan Untuk Bisnes
  2. Bahasa Badan Untuk Keluarga/Pasangan
  3. Bahasa Badan Mengesan Penipuan

.

.

Apabila telah berada di Google Play dan di App Store nanti, saya akan maklumkan untuk anda semua boleh download apps ini. Menariknya, apps ini adalah PERCUMA.

.

Untuk tahun 2019 juga, saya akan menganjurkan lagi Kursus Pensijilan Malaysia’s Body Language Facilitator Program (MBLF) untuk Tahap 1 dan Tahap 2. Menariknya, pada tahun ini juga, saya akan mewujudkan satu program KHAS iaitu Body Language Practitioner Program bagi mereka yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai trainer bahasa badan di negara ini.

.

MENARIK KAN?

.

Oleh itu, ikuti saya ‘ketat-ketat’ supaya anda boleh mendapatkan maklumat bahasa badan yang terkini dengan cepat. Untuk mengikuti saya, boleh KLIK di pautan ini iaitu di Facebook, Twitter, Instagram Youtube dan juga blog ini. InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan kerap untuk menambah ilmu bahasa badan ini untuk manfaat kita semua.

.

JUMPA LAGI!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *