Entri terbaru blog Pakar Bahasa Badan untuk tahun 2019 dimulakan dengan menganalisa bahasa badan pemain Manchester United 2018/19 ketika era Mourinho sebagai pengurus dan Ole Gunnar Solsjaer sebagai pengurus gantian.

Sebagai naib juara musim yang lepas, permulaan musim 2018/19 bermula dengan tidak lancar bagi Manchester United apabila suasana di dalam kem tidak harmoni.

Mourinho dilihat banyak mempertikai dan mengecam pemain-pemainnya sehingga menimbulkan konflik di antara pengurus dan pemain. Antara yang ketara ialah Paul Pogba dan Anthony Martial.

Berbeza pula apabila Ole Gunnar Solsjaer, lagenda Manchester United, apabila dilantik menggantikan Mourinho sehingga penghujung musim ini.

Jom kita lihat apa yang kita boleh lihat bahasa badan pemain Manchester United 2018/19 bersama dua pengurus ini.

Bahasa Badan Pemain Manchester United #1: Eye Contact

Mourinho mengecam Pogba di padang latihan.
Anthony Martial dikeluarkan daripada permainan.

Jika dilihat kepada dua gambar di atas, ia menceritakan Mourinho jelas tidak selesa dengan dilihat kurang memberikan eye contact terutamanya kepada dua pemain ini.

Di dalam bahasa badan, apabila eye contact kurang diberikan, ia memberikan gambaran hubungan seseorang.

Jelas di sini, hubungan di antara Mourinho kepada Pogba dan Martial adalah tidak baik. Jika ada sekalipun, eye contact yang diberikan lebih menjurus kepada perbalahan dan ketegangan.

“Terbaik bro!”
“Good job!”

Berbeza pula apabila Solsjaer ketika bersama dengan dua pemain ini,dimana bukan sekadar adanya eye contact tetapi juga disertakan dengan senyuman.

Ini menunjukkan beliau berjaya mengembalikan mood dua pemain ini untuk kembali gembira dan bermain dengan baik bersama pasukan.

Bahasa Badan Pemain Manchester United #2: Ekspresi Wajah

Ekspresi wajah adalah salah satu topik di dalam bahasa badan di mana kita boleh memahami emosi seseorang melalui wajah mereka.

“Why is always me?”

Dua gambar di atas mempamerkan dua pemain ini memberikan ekspresi marah dan juga tidak berpuas hati.

Ekspresi wajah adalah bahagian bahasa badan yang paling mudah untuk dilihat kerana otot wajah hanya dilapisi dengan kulit yang nipis. Jadi adalah mudah untuk melihat emosi seseorang sama ada positif atau negatif.

Good mood!
YESSSS!!!

Berbeza ketika Solksjaer mengambil alih apabila ekspresi wajah pemain lebih menjurus kepada rasa gembira dan seolah-olah telah ‘terlepas’ daripada derita.

Jelas di sini, kem Manchester United sedang mengalami suasana yang baik melalui perbezaan bahasa badan yang dipamerkan pemain ketika berada di bawah pengurusan dua jurulatih ini.

Bukan sekadar dalam pasukan bola sepak, bahasa badan juga bleh dilihat dalam pelbagai setting seperti pejabat, di rumah, perhubungan sesama insan dan di mana jua.

Berminat nak pelajari bahasa badan?

Bagi yang berminat untuk mendalami bahasa badan seseorang, atau menjadi salah seorang trainer di dalam bahasa badan, JOM SERTAI Kursus Pensijilan Malaysia’s Body Language Facilitator Program (MBLF).

InsyaAllah, saya akan bantu anda dalam memahami bahasa badan seseorang dengan CEPAT dan juga MUDAH.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai programini, KLIK DI SINI

Jumpa lagi pada entri yang akan datang dengan perkongsian yang lebih menarik lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *