Sulli Bunuh Diri?

Saya bukanlah pengikut Kpop, kecuali Running Man tetapi apabila seorang rakan kaunselor mesej saya mengenai isu Sulli, bekas anggota kumpulan f(x) yang bunuh diri, saya tertarik untuk mengetahuinya.

Apabila saya menonton video akhir Sulli sebelum bunuh diri, saya dapati ada beberapa ‘stakeout’.

Di dalam bahasa badan, ‘Stakeout’ adalah hotspot yang boleh ditemui pada wajah seseorang yang menutup emosi sebenar, mudah kata sebagai emosi palsu.

Sama dengan kes bunuh diri artis Kpop Jonghyun, bekas anggota kumpulan SHINee, turut ada stakeout ketika di penghujung konsert akhir bersama peminatnya.

https://www.youtube.com/watch?v=gYAfexvgC-w

Di dalam video Sulli, terdapat ekspresi fake happiness dan ada beberapa kali micro facial expressions sadness terpancar di wajahnya.

Bila disebut micro, ia berlaku dalam tempoh 0.7 hingga 1.2 saat sahaja dan biasanya sukar dilihat dengan pandangan kasar.

Lagu yang dimainkan dalam video akhir juga, apabila diteliti liriknya, juga memanifestasikan emosi sebenar seseorang.

And Harlem River swallow me
Put your hands around my neck
And Harlem River I can’t breathe
They’ve got the lights down now
And Harlem River give me wings
Put my head up in the clouds
And Harlem River all because
Oh I’m nowhere now..

InsyaAllah, saya akan ulas dengan lebih terperinci mengenai Stakeout dalam masa terdekat selepas selesai perkongsian saya bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *