Trump Pun Gerun
Apabila Trump bermesyuarat bersama pegawai-pegawainya, gambar ini menunjukkan sisi yang sangat menarik.
Nancy Patricia Pelosi, merupakan seorang Speaker of the United States House of Representatives.
Apabila Pelosi bercakap sambil berdiri dan pointing finger, ia memberi impak keyakinan yang baik khususnya apabila beliau seorang sahaja wanita di dalam bilik itu.
Apabila testosterone naik, keyakinan dan keberanian pun naik.
Impaknya dapat dilihat pada barisan lelaki yang duduk berhadapan mengadapnya.
Tiga lelaki di sebelah kanan Trump mendengar sambil kepala tertunduk ke bawah. Bahasa Badan ini menceritakan rasa malu atau bersalah, khususnya akibat kata-kata Pelosi.
Menariknya, Trump juga terkesan di mana beliau tidak meletakkan tangannya di atas meja, yang memberi sedikit maklumat pada kita bahawa beliau merasa tidak selesa.
Kedudukan badan Trump juga menyerong sedikit, dengan ekspresi wajah yang menggambarkan tidak mengiakan dan tidak juga menafikan dan seakan-akan ingin conversation yang berlaku berakhir dengan cepat.
Pelosi sememangnya wanita besiĀ šĀ Jadi bagi yang malu untuk bersuara, boleh gunakan pendekatan seperti Pelosi untuk tampil berani dan yakin ketika berkonfrontasi dengan seseorangĀ š