Saya baru selesai mengendalikan program bersama Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di dalam program Seeing The Truth.

Program ini adalah kerjasama bersama Muza Mantik Selatan dan AFK Asia.

Di dalam program ini, saya berkongsi tips dan teknik Bahasa Badan kepada para peguam khususnya dalam mengendalikan kes.

Studio yang disediakan oleh pihak ILKAP juga sangat menarik dan menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai sasarannya.

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya berkongsi ilmu bahasa badan bukan sahaja kepada para hakim tetapi juga para peguam. Semoga ilmu ini memberi manfaat terutamanya dalam menjalankan tugas dengan lebih baik.

Jumpa lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *