Bertemu kita sekali lagi dengan entri terkini.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengendalikan Kursus Bahasa Badan AKRAB Super bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) Negeri Sembilan secara atas talian.

Kursus kali ini agak menarik apabila menerima banyak soalan daripada peserta mengenai bahasa badan.

Bahasa Badan memang suatu ilmu yang berguna khususnya jika kita mengendalikan sesi bimbingan bersama klien. Selain dari aspek pengurusan persepsi diri, saya juga membantu peserta bagaimana untuk mengenalpasti bahasa badan klien ketika sesi seperti aspek emosi, tahap keselesaan dan strategi terbaik dan sesuai digunakan.

InsyaAllah, Kursus Bahasa Badan AKRAB Super telah menjelajah sejak 2013 dan masih relevan untuk membantu ahli AKRABĀ  sehingga ke hari ini.

Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *