Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...

PSG & Ekspresi

Sudah agak lama tak kongsi posting berkaitan bahasa badan.

Pagi ini, saya ingin kongsikan mengenai Micro Facial Expressions pada gambar ini. Kita lihat ekspresi dari 3 wajah dari gambar ini secara teknikal.

Boleh ye? 😊

Pertama: Neymar

Ekspresi Neymar adalah ekspresi ‘Surprise @ Shock’. Ia terjadi apabila bentuk matanya membulat dan kening terangkat ke atas.

Mulutnya juga terbuka. Usah keliru dengan ekspresi ‘Fear’, kelihatan hampir sama cuma bukaan mata dan mulut sedikit berbeza.

Kedua: Pegawai 1 (Kanan Neymar)

Beliau dilihat mengemam bibir menandakan dirinya tidak suka atau tidak selesa dengan situasi ketika itu.

Seseorang cenderung mengemamkan bibir @ ‘menyembunyikan’ bibir atau membasahkan bibir apabila berasa tidak selesa.

Matanya juga sedikit membulat, menunjukkan beliau juga ada merasa terkejut ketika itu.

Ekspresi ‘Anger’ juga dapat dilihat melalui pembentukan keningnya seperti huruf ‘V’ dan lekuk di antara dua matanya.

Jika ternampak ekspresi ini pada wajah isteri, bermakna ada sesuatu yang kita buat tidak kena bagi dirinya 😅

Ketiga: Pegawai 2 (kiri Neymar)

Pegawai di sebelah kiri Neymar sedikit special apabila memberikan ekspresi subtle iaitu gabungan 2 emosi yang sedikit sukar dilihat.

Emosi pertama ‘Surprise’ dan kedua ‘Anger’. Emosi Anger ialah apabila renungan matanya kelihatan ‘tajam’ dan kening membentuk V.

Sedikit berbeza dengan pegawai 1, di mana Pegawai 2 memberikan sedikit saja cue melalui hujung keningnya.

Inilah micro facial expressions, iaitu ekspresi yang bergerak begitu pantas (kecuali dalam konteks gambar) dan sekejap.

Jika menurut Dr. Paul Ekman, ekspresi emosi asli berlaku dalam tempoh 1/25 saat 😊

DAPATKAN EBOOK BAHASA BADAN PERCUMA DI SINI
Masukkan Emel Anda & Klik 'Download Sekarang!'
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Kami Benci SPAM. Usah Risau, Emel Anda Tidak Akan Dijual Atau Diberikan Kepada Sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...