TRUMP & KIM 2.0

Pertemuan Trump dan Kim kali ini sedikit berbeza berbanding pertemuan yang pertama.

Dalam pertemuan kali ini, dua pemimpin ini bersalaman dengan equal handshake.

Berbanding pada pertemuan pertama, Trump bersalam dalam keadaan submissive, iaitu cuba tampil tidak begitu agresif.

Seperti biasa, Trump menggunakan Steeple untuk menonjolkan dirinya yang dominan, tetapi Kim pula menyelit jari-jarinya menandakan tekanan dan kurang berpengalaman dalam menghadapi situasi kali ini.

Namun pertemuan kali ini menunjukkan kedua-dua pemimpin mula mempamerkan keselesaan apabila banyak elemen ‘mirroring’ sepanjang pertemuan.

Trump dilihat banyak mempamerkan ‘palm up’ dan cuba ‘mengambil hati’ Kim supaya kerjasama dapat dijalin di antara dua negara ini.

Walau apapun perbincangan mereka, semoga kedua-dua pemimpin kontroversi ini tidak mengambil keputusan yang akan menyusahkan penduduk dunia yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *