Haka Tak Digeruni Lagi

Saya sempat menonton perlawanan separuh akhir Rugby World Cup di antara England menentang New Zealand All Blacks.

Seperti biasa, pasukan All Blacks akan mempamerkan tradisi sebelum perlawanan bermula iaitu Haka.

Haka, sebagaimana yang biasa kita lihat sering digunakan untuk menaikkan semangat perjuangan di kalangan pasukan, dan pada masa yang sama memberikan impak ke lawan.

Namun, apa yang saya suka mengenai reaksi England kali ini, mereka memberikan bahasa badan dan reaksi yang membuatkan Haka tidak lagi menjejaskan pasukan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=DNfosDlx4Xs

Pada awal video, pasukan England dengan formasi V dilihat semakin menghampiri pasukan New Zealand tetapi dihalang pengadil perlawanan.

Di dalam bahasa badan, ‘Proximity’ memberikan isyarat semakin dekat semakin suka, semakin jauh semakin gerun.

Jadi apabila pasukan England maju ke hadapan, ia mampu membuatkan testosterone mereka kekal berkeyakinan dan tidak gentar menghadapi All Blacks.

Apa yang menarik lagi, dapat dilihat wajah salah seorang pemain England mempamerkan emosi ‘Contempt’ yakni superiority a.k.a mengejek lawan bahawa mereka lebih bagus.

Malah, ada juga pemain lain mempamerkan ‘Eyes Squinting’ yang memberikan maksud marah atau tidak suka pada sesuatu.

Jelas, England tidak gentar berhadapan pasukan All Blacks dan hasilnya England menang dengan keputusan, 19-7.

Menariknya di dalam bahasa badan, jika kita menggunakan bahasa badan tertentu berhadapan situasi gentar, ia mampu menjadi NEUTRALIZER terbaik dan mampu kekal yakin berhadapan dengan sesiapa saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *