Pay It Forward

Pada 26 Disember 2019, saya bersama Cgu Jinggo, dengan kerjasama bersama Puan Umi Laila, telah menganjurkan kursus berbentuk CSR yang dipanggil ‘Pay It Forward’.

Kursus ini diadakan secara PERCUMA bertempat di ProTra Taining Academy bertempat di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Ramai juga yang hadir yang terdiri daripada pelbagai bidang.

 

Untuk slot Cgu Jinggo, beliau berkongsi bagaimana untuk menjadikan Vision Board yang dihasilkan menjadi kenyataan.

Ramai yang buat Vision Board. Ada yang berjaya mencapai misi, dan ramai juga yang tidak dapat mencapainya.

Jadi di dalam slot ini, Cgu Jinggo berkongsi apakah yang perlu seseorang lakukan dalam memastikan setiap impian yang dinyatakan di dalam Vision Board menjadi kenyataan.

 

Di dalam slot saya pula, saya berkongsi beberapa tips bahasa badan yang boleh kita gunakan untuk membina pengaruh atau first impression terbaik untuk tahun 2020.

Sebenarnya, kursus ini diadakan dengan mengambil nama dari sebuah filem dengan tajuk yang sama.

Program ini diadakan dengan memberi kebaikan kepada orang lain, dan dengan harapan, melalui ilmu ini peserta bukan sahaja dapat menambah nilai ilmu dan kemahiran, tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain pula.

InsyaAlah dengan perkongsian ilmu, dan manfaatnya dikongsi oleh peserta kepada orang lai pula, insyaAllah akan menjadi ‘saham akhirat’ kami di akhirat kelak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *