bahasa badan berpengaruh
[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”14″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Sejak melibatkan diri dalam bidang training, saya telah mengendalikan banyak program bersama kementerian, jabatan kerajaan, swasta, korporat malah orang perseorangan. Semakin lama saya dapati Bahasa Badan banyak mempengaruhi gaya hidup kita.

Di sini saya kongsikan 6 Teknik Bahasa Badan yang mudah dan berpengaruh untuk anda gunakan sepanjang tahun ini:

1. Sebelum meeting, bernafaslah menggunakan mulut

Sebelum anda memasuki bilik meeting, tarik nafas dan hembuskan melalui mulut. Jika anda dapati tiada orang di situ, hembuskan nafas sambil mengeluarkan bunyi angin nafas perlahan-lahan. Teknik ini akan membantu anda meredakan ketegangan atau stress di leher, bahu dan juga rahang supaya dapat memudahkan proses komunikasi.

2. Apabila memberi pembentangan, pastikan ada ‘Pause’

Manusia suka bergerak. Apabila anda bergerak sambil bercakap, anda mudah menarik perhatian orang yang mendengar. Ia akan menjadi lebih efektif apabila anda bergerak ke satu tempat sebelum masuk kepada isi yang ingin anda kongsikan. Anda boleh gunakan teknik ini ketika ingin mengubah topik. Contohnya, jika anda ingin kongsikan 3 isi utama, pastikan anda berdiri di 3 tempat yang berbeza. Jika anda tidak bergerak dan percakapan anda laju tanpa ‘pause, orang akan cepat bosan dan ‘lari’ daripada anda.

3. Untuk meyakinkan orang lain, pastikan anda menggunakan teknik tapak tangan yang betul

Businessman Hands

Gaya tapak tangan ke atas menunjukkan anda ialah seorang yang terbuka dan bersedia untuk berunding, manakala tapak tangan ke bawah menandakan anda ingin memuktamadkan rundingan. Tapak tangan ke bawah juga mampu membuatkan orang lain akur dengan cadangan atau arahan anda. Jadi pastikan, anda menggunakan teknik tapak tangan yang betul supaya anda mampu menguasai keadaan dengan baik.

4. Lihat tempat duduk orang lain supaya anda tahu mereka bersedia untuk beredar

Oppressed man talking with psychologist

Orang cenderung memberikan signal untuk mengakhiri rundingan dengan menghalakan badan ke arah pintu keluar. Jika anda nampak seseorang menunjukkan gaya sebegitu, pendekkan cerita, teruskan kepada kesimpulan dan anda tamatkan percakapan anda dengan segera. Lebih lama anda bercakap, anda mengundang ‘bahaya’.

5. Untuk menajamkan kemahiran perundingan, cuba pastikan seberapa cepat anda membina rapport

Apabila duduk di meja rundingan berhadapan dengan klien, undur badan ke belakang dan halakan badan ke arah lain dari klien. Anda akan dapati klien juga akan berbuat perkara yang sama. Kemudian, anda kembali menghalakan badan ke hadapan ke arah klien (sambil bermain dengan teknik tapak tangan yang betul), pandang ke arah muka klien sambil tersenyum. Anda akan dapati interaksi mula ‘panas’ dan akan lebih mudah untuk berinteraksi. Itu antara cara pantas anda boleh lihat bahasa badan boleh membantu dalam membina rapport.

6. Untuk meningkatkan produktiviti, pastikan anda menggunakan Bahasa Badan terbuka

Professional Presentation Skills

Manusia cenderung untuk melihat contoh daripada ketua dari aspek emosi. Apabila bahasa badan adalah tertutup, marah atau tertekan, bahasa badan ini secara tidak sedarnya akan diikuti oleh pekerja-pekerja. Apabila anda menggunakan bahasa badan yang relax, terbuka, anda akan dapati pekerja juga akan respon menggunakan bahasa badan yang sama. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan suasana positif dan lebih produktif.

Kesimpulannya, 6 teknik ini nampak mudah tapi usah memandang rendah pada kemampuannya. Bahasa Badan walau hanya sedikit, akan memberi kesan yang besar untuk bagaimana orang lain menerima dan membalas semula kepada anda.

Do it NOW, later means NEVER.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *