Bertemu sekali lagi dalam entri kali, di mana kali ini saya ingin berkongsi saya baru sahaja mengendalikan program bersama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) secara online di Zoom.

Program ini adalah kerjasama bersama Twins One Global dan dilangsungkan selama 2 hari. Kursus Bahasa Badan AKRAB Super adalah program yang sering diadakan untuk membantu barisan AKRAB dalam mengendalikan sesi bimbingan dengan efektif dan terbaik.

Seperti biasa, di dalam kursus ini saya akan berkongsi teknik dan tips bahasa badan yang boleh kita perhatikan ketika mengendalikan sesi AKRAB bersama klien. Istimewanya kali ini, saya sertakan gadjet terbaru di mana saya akan melukis sambil memberi kefahaman kepada peserta.

Seperti di dalam gambar, salah satu tips yang saya kongsikan ialah bagaimana nak mengenali dan mengenalpasti ekspresi wajah sedih klien. Apatah lagi bila memakai face mask.

Menarik, kan?

Terima kasih kepada JPPH kerana sudi menjemput saya berkongsi ilmu buat kali ini. Alhamdulillah, respon dari peserta sangat BEST dan insyaAllah kita bertemu lagi dalam tahap kedua tahun hadapan.

Jumpa lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *