Entri kali ini berbeza sedikit.

Berbeza yang bagaimana?

Kali ini saya tidak menyentuh topik Bahasa Badan tetapi lebih kepada motivasi mencipta rasa seronok untuk bekerja.

Program kali ini dijalankan bersama Institut Kemahiran MARA, Beseri, Perlis. Ke utara kita untuk kali ini.

Di dalam program ini, memandangkan banyak jabatan telah berada dalam Fasa 3 dan ke atas, oleh itu pasti suasana akan kembali berbeza apabila telah setahun berada norma baharu iaitu Bekerja Dari Rumah (BDR).

Selain topik Inventori Personaliti Warna (IPW), saya bawakan pada peserta kepada suatu pendekatan yang diberi nama Lingkaran Kegembiraan.

Lingkaran ini adalah untuk mengukur skala kegembiraan mengikut 7 faktor yang membawa kepada seseorang merasai kegembiraan.

Alhamdulillah, 2 jam yang diperuntukkan terasa cepat dan peserta juga merasa masa yang ada adalah singkat untuk topik yang menarik.

InsyaAllah, ada rezeki pada masa akan datang, kita akan bertemu semula untuk topik-topik yang menarik.

Jumpa lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *