Pada 23 September 2020, Dato Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau telah mempunyai numbers dan sokongan dari ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti untuk membentuk kerajaan dalam satu sidang media di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur.

.

Memandangkan di Malaysia belum ada yang menganalisis bahasa badan, jadi saya mengambil inisiatif untuk melihat dan meneliti bahasa badan Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang media tersebut.

.

Untuk menonton ulasan saya, boleh klik di link ini: https://www.youtube.com/watch?v=Nrd_nVw31qI&t=77s

.

Pada pandangan dan analisis saya, beliau mempamerkan bahasa badan yang meyakinkan dan boleh dipercayai.

.

Namun, kebenarannya, kita akan lihat sama ada peralihan dapat dilaksanakan setelah mengadap Yang Di Pertuan Agong nanti. Sekiranya tiada ‘halangan’, insyaAllah kita akan melihat sekali lagi peralihan dalam tampuk kerajaan Malaysia.

.

Maksud ‘halangan’ di sini ialah campurtangan atau perancangan kumpulan tertentu kerana sebagai yang pernah melihat ahli keluarga sendiri yang pernah berjawatan dalam politik dahulu, saya melihat politik ini tidak kekal. Ia akan berubah juga.

.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

.

When Body Speaks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *