3 Perkara Tentang Penipu Yang Anda Tidak Tahu

Hari ini kita boleh lihat pelbagai kes penipuan yang berlaku, sama ada melalui laporan di media, mahupun pengalaman diri sendiri.

Apabila kita bercakap tentang penipuan, ramai yang memberikan beberapa tips yang biasa dilakukan oleh si penipu. Walaupun ada tips diberikan, tetapi masih juga kena tipu

Kenapa agaknya?

Mari saya kongsikan kenapa masih ramai tertipu walaupun banyak tips telah dikongsikan oleh orang ramai.

Sebenarnya, walaupun ada tips yang diberikan adalah baik tetapi banyak juga tips yang sebenarnya tidak tepat dalam mengesan sama ada seseorang menipu atau sebaliknya.

Dah bersedia? Jom saya kongsikan TIGA perkara yang ramai orang tidak perasaan mengenai bahasa badan si penipu.

Pertama: Shoulder Shrug

Shoulder shrug di sini bermaksud bahu si penipu akan terangkat ketika memberikan kenyataan. 

Tak perasan? Sebenarnya ada dan kebiasaannya pergerakkannya sangat cepat. Oleh sebab itu kita tidak perasaan bahunya terangkat ketika memberikan pernyataan.

Kedua: Eye Contact

Kita mesti biasa mendengar orang berkata si penipu biasanya tidak memberikan eye contact ketika memberikan pernyataan.

Hakikatnya, si penipu akan kekal memberikan eye contact untuk membuatkan kita rasa percaya dengan apa yang mereka sampaikan.

Ketiga: Cara Duduk

Kebiasaannya, gaya duduk si penipu adalah tidak tetap. Kita akan mudah perasan mereka akan sentiasa membetulkan kedudukan tempat duduk.

Sebenarnya, banyak lagi tips bahasa badan si penipu yang boleh kita perhatikan.

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi pada masa akan datang dengan tips yang lain pula.

Teruskan mengikuti laman web ini untuk mendapatkan tips-tips terkini mengenai bahasa badan.

Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *