Temubual di MHI

Pada 12 Mac 2019, saya telah dijemput untuk bersiaran di Malaysia Hari Ini (MHI) dengan diterajui oleh gandingan pengacara Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Fariha Onn.

Dalam siaran pada hari itu, saya diminta untuk berkongsi Bahasa Badan Mengesan Penipuan selama 12 minit.

Satu pengalaman yang sangat bernilai kerana kali terakhir saya bersiaran adalah pada tahun 2013, suatu tempoh yang agak lama.

Pada hari tersebut, saya juga berpeluang untuk memperkenalkan mobile apps sendiri iaitu ‘Bahasa Badan’ yang kini boleh dimuat turun di Google Play.

InsyaAllah, doakan semoga saya dapat menyebarluaskan lagi ilmu bahasa badan ini supaya lebih ramai yang mendapat manfaat untuk kegunaan seharian.

Tak sempat menonton? Jom tonton di link di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *