Mengenai Kami

Shahrom Hassan Training Consultant (SHTC)

SHAHROM HASSAN TRAINING CONSULTANT (002291601-H) (dahulunya dikenali sebagai Top Box Training Academy Sdn. Bhd) ialah sebuah organisasi profesional yang komited untuk membantu pelbagai organisasi, agensi dan orang perseorangan, bermatlamat untuk meningkatkan daya saing produktiviti dan keuntungan bersepadu melalui pembangunan modal insan.

Diasaskan oleh Shahrom Hassan, merupakan Pakar Bahasa Badan & Neuro-Linguistic Programming (NLP), Hipnosis dan juga merupakan seorang perunding latihan motivasi. Fokus utama ialah dalam bidang latihan pembinaan dan motivasi diri, kepimpinan, dinamik pasukan dan komunikasi berkesan.

Keistimewaan SHTC

Setiap modul di bawah kendalian SHTC adalah berteraskan dua aspek kepakaran dan keunikan SHTC iaitu ‘BAHASA BADAN BARU’ dan ‘NEURO-LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP).

Bahasa Badan Baru ialah satu metodologi yang akan membawa peserta mengalami penerokaan Komunikasi Bukan Lisan secara menyeluruh. Kajian membuktikan bahawa komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Komunikasi Lisan (7%) dan Komunikasi Bukan Lisan (93%). Apabila dua bahagian komunikasi ini diadun dengan baik, impak komunikasi akan menjadi lebih sempurna dan akan membentuk kepimpinan dan semangat kerjasama yang utuh di kalangan pasukan.

NLP ialah satu pendekatan psikologi satu alat membentuk tingkah laku yang berkuasa tinggi untuk memahami dan mempengaruhi manusia. NLP adalah gabungan tiga bidang ilmu yang digabungkan.

Neuro membawa maksud bagaimana seseorang individu berfikir. Linguistic adalah bagaimana kita proses berfikir diterjemahkan oleh minda dalam bentuk Visual, Auditori, Kinestik, Olfaktori dan Gustatori. Programming adalah pola tingkah laku.

Dua aspek kemahiran ini menjadikan modul-modul SHTC adalah unik dan luar biasa impaknya kepada peserta-peserta yang hadir.

LIMA sebab mengapa memilih kami sebagai konsultan pilihan anda:

1. PENDEKATAN MENYELURUH

SHTC menyediakan perkhidmatan latihan pembangunan insaniah hasil penyelidikan dan kajian mengikut keperluan semasa sumber manusia selain membangunkan modul berdasarkan pendekatan yang unik iaitu kami menggabungkan metodologi program yang berefektif tinggi bagi menghasilkan keputusan di luar jangkaan untuk organisasi, pasukan dan bisnes anda

2. KEPAKARAN PERUNDING MENGIKUT KEPERLUAN INDUSTRI

Para perunding yang disediakan adalah perunding yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing. Mereka akan berkongsi setiap teori dan kemahiran yang terkini sepanjang kursus dan perundingan dijalankan. Modul yang disediakan juga adalah mengikut keperluan semasa dan keperluan organisasi

3. MODUL YANG SESUAI DAN MELALUI HASIL KAJIAN

Modul adalah khusus mengikut keperluan organisasi dan sumber manusia hasil dari kajian mendalam sama ada dari aspek pembangunan jatidiri, kerja berpasukan, pemerkasaan kemahiran serta mendidik sikap integriti dan akauntabiliti.  Peserta yang telah mengikuti kursus kendalian kami juga memberikan maklumbalas yang hebat dan berminat mengikutinya lagi pada masa hadapan

4. PERKHIDMATAN BERTERUSAN

Perunding SHTC turut memberikan perundingan selepas kursus. Para peserta akan dimasukkan di dalam ‘Group Facebook’ bagi memudahkan perunding memberikan khidmat konsultansi selepas kursus kepada peserta yang mempunyai sebarang persoalan dan kemusykilan yang ingin diajukan.

Selain itu, SHTC menggunakan Model Kirk Patrick di dalam memberi penilaian selepas program. Ia bukan sahaja membantu pihak konsultan untuk menilai tahap pencapaian kemahiran yang diikuti peserta, malah membantu Bahagian Latihan dalam membuat penilaian seterusnya merumus keberkesanan program kepada peserta

5. BEYOND EXPECTATION

SHTC sentiasa memberikan perkhidmatan di luar jangkauan kepada klien dan organisasi. SHTC amat berharap agar menjadi sebuah konsultan yang mampu melahirkan ramai profesional yang bukan sahaja mempunyai daya intelektual yang tinggi, malah turut memperluaskan pengaruh ke tahap global

Semua program kami adalah berbentuk interaktif dengan penglibatan penuh dari Team Pakar Bahasa Badan untuk memudahkan pembelajaran dan menjadikan pengalaman yang dilalui sebagai satu memori terindah.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, sila hubungi 017-7652769/ 0129074439 atau email ke coach.shahrom@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.