Kenali Pakar Bahasa Badan Anda

 

SHAHROM HASSAN K.B. P.A

 

Merupakan seorang perunding latihan modal insan yang berkemahiran di dalam bidang Bahasa Badan dan Neuro Linguistic Programming (NLP). Beliau juga ialah seorang Kaunselor Berdaftar (06867) dan Perakuan Amalan (06376) di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memiliki Sarjana Sains Sosial & Kemanusiaan (Psikologi Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seorang Master Trainer dan pengasas kepada program Kursus Pensijilan Malaysia’s Body Language Facilitator Program (MBLF).

Memulakan kerjaya di Jabatan Latihan Khidmat Negara dan kemudiannya bertugas sebagai pensyarah di Management & Science University (MSU), Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Persatuan Neuro-Semantics Malaysia, iaitu sebuah badan yang menghimpunkan jurulatih-jurulatih Neuro-Linguistic Programming (NLP) seluruh Malaysia

Berpengalaman luas di dalam bahasa badan sejak dari 2012 dan telah mengendalikan program dan kursus in-house training dan motivasi melebihi 6,000 peserta yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan korporat. Malah, beliau turut memberikan latihan personal coaching kepada beberapa VIP di Malaysia & Brunei.