Latihan Jabatan

Pengenalan Kursus

Komunikasi yang berkesan ialah apabila mesej yang disampaikan kepada orang lain dapat difahami dengan baik. Mitos mengatakan ia adalah anugerah tetapi sebenarnya boleh dipelajari.

Komunikasi terdiri daripada TIGA komponen penting iaitu lisan, nada suara dan juga bahasa badan.

Komunikasi Interpersonal pula adalah pendekatan mengenali rakan berkomunikasi terutama corak pemikiran, penerimaan mesej, kecenderungan menerima pandangan, dan kita berkomunikasi dengan analisa yang sesuai.

Dengan menggunakan teknik lisan yang baik, dan dikendalikan oleh Pakar Bahasa Badan, adunan yang baik akan menjadi komunikasi yang berlaku dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Durasi: 2 Hari

Pengenalan Kursus

KURSUS BAHASA BADAN AKRAB SUPER adalah merupakan satu program yang dibentuk untuk ahli-ahli AKRAB.

Kumpulan ini adalah merupakan pegawai yang dilantik sebagai rakan pembimbing rakan sekerja. Ia diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. 

Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

Oleh itu kursus ini menyediakan kemahiran kepada para peserta untuk menjadikan mereka sebagai AKRAB yang mahir dalam menyelami isu dan memudahkan proses bimbingan kepada pekerja-pekerja organisasi melalui bahasa badan yang dipamerkan oleh klien.

Durasi: 2 Hari

Pengenalan Kursus

Program khusus buat WANITA tentang bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri serta keluarga anda untuk lebih berjaya di dalam kerjaya serta mengubah kehidupan yang lebih baik.

Pesona seorang wanita terletak kepada bagaimana tampil berkeyakinan serta kuat, di sebalik kelembutan diri.

Dikendalikan oleh Pakar Bahasa Badan bersama Perunding Imej Profesional berkongsi pengetahuan mengenai imej dan penampilan diri bagi meningkatkan keyakinan diri seorang wanita.

Durasi: 2 Hari (Wanita Sahaja)

Pengenalan Kursus

Pembentangan dalam organisasi sering berlaku seperti di dalam mesyuarat, pembentangan kertas kerja dan juga dalam program. 

Terdapat banyak situasi di mana pembentang menjatuhkan kredibiliti sendiri di hadapan pendengar sehingga membuatkan penyampaiannya tidak berkesan.

Oleh itu, program ini akan memberikan panduan serta latihan kepada pembentang bagaimana untuk tampil sebagai pembentang yang berjaya mengadunkan teknik pembentangan serta bahasa badan yang betul sehingga pendengar tidak berganjak dari kerusi.

Durasi: 2 Hari