tips temuduga
[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”14″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Saya banyak kali mengadakan kursus khususnya kepada penemuduga, bukannya kepada orang yang ingin pergi temuduga. Jadi antara tips awal yang saya ajar kepada penemuduga ialah melihat bahasa badan calon temuduga.

Kita pernah mendengar orang berkata, “First impression tu penting…”. Sebenarnya first impression banyak hadir melalui bahasa badan.Di sebalik kata-kata yang diucapkan, kita juga melihat bagaimana seseorang bergerak atau melihat pergerakan matanya. Di situ kita akan dapat melihat sama ada seseorang bertindak jujur atau tidak, berkeyakinan atau takut.

Kepada yang akan pergi untuk temuduga tidak lama lagi, anda boleh mencuba beberapa tips ini untuk meningkatkan peluang untuk diterima bekerja.

1. Eye contact

Bertemu mata dengan penemuduga bukan sahaja menunjukkan anda berkeyakinan dan tidak gentar, tetapi juga menandakan anda sedang mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang mereka cuba sampaikan. Tidak dinafikan perasaan nervous di dalam temuduga sememangnya wujud, tetapi tidak ada yang lebih mengecewakan apabila penemuduga terpaksa mengulang soalan kerana yang calon terlalu ‘sibuk’ untuk merasa takut ketika mendengar. Jadi pastikan kita kekal fokus dan wujudkan eye contact apabila menjawab soalan.

2. Duduk dengan tegak

Satu lagi tips yang boleh menentukan sama ada kita berkeyakinan atau tidak ialah posture anda. Anda sepatutnya duduk dengan tegak. Ini menunjukkan anda sememangnya fokus kepada sesi temuduga dan terbuka kepada soalan yang bakal ditanya.

3. Gunakan bahasa badan terbuka

Biasa apabila kita bercakap atau mendengar kepada perbualan, kita akan menyilangkan lengan. Elakkan daripada menyilang tangan kerana ia memberi maksud anda bersikap protective, ego dan tertutup. Sebaiknya anda letakkan tangan anda di atas peha seperti pengantin yang duduk di atas pelamin. Ia akan membantu anda untuk mendengar dengan lebih baik.

4. Bersederhana

Antara kesilapan calon ialah terlalu selesa dengan penemuduga. Elakkan daripada memberikan posture badan seperti terlalu bersandar, terlalu condong ke hadapan atau membuka kaki dengan luas ketika temuduga. Ia akan memberikan tanggapan buruk kepada penemuduga dan ‘membunuh’ peluang anda untuk diterima bekerja.

5. Bersalam dengan cara yang betul

Cara anda bersalam akan memberi maklumat kepada penemuduga. Berikan cara bersalaman yang menunjukkan anda bersifat terbuka dan mudah berbincang. Elakkan daripada menghenjut tangan penemuduga ketika bersalaman.

Ini adalah beberapa tips simple yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan peluang anda untuk diterima bekerja dengan menjaga bahasa badan anda. Usah biarkan ketakutan dan kerisauan mengganggu anda ketika di dalam temuduga. Sebaiknya bertenanglah dan tunjukkan keyakinan dalam membina first impression terbaik kepada penemuduga.

Do it NOW, later means NEVER.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *