tips temuduga

Saya baru sahaja selesai berkongsi ilmu bersama peserta Trainer-the-Trainers anjuran CuteCarry Sdn. Bhd. Sempatlah juga bagaimana bahasa badan mampu memberi kelebihan kepada peserta sama ada ketika memberikan training mahupun ketika memberi pembentangan di hadapan panel. Alhamdulillah respon daripada para peserta memang awesome, dan saya akan menganjurkan juga TTT Body Language Mastery tidak lama lagi. Berminat, tunggu!!

12687916_10209212438534386_3998957851101562081_n

Pada entri BodyTalk #2, saya ada kongsikan mengenai bagaimana ingin membina first impression yang baik di hadapan penemuduga. Kali ini saya akan kongsikan pula bagaimana anda boleh mengetahui sama ada anda telah berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut. DI sini saya akan kongsikan 7 petunjuk dari gaya bahasa badan penemuduga sama ada berjaya atau sebaliknya:

interview

1. Sekiranya anda mendapati hujung kasut penemuduga menghala ke arah pintu, maknanya beliau telah selesai berurusan dengan anda. NEXT CANDIDATE!

2. Apabila anda mendapati penemuduga mengikuti gaya anda, maksudnya beliau merasakan anda adalah sebahagian daripada syarikat dan TAHNIAH, anda telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut.

3. Apabila penemuduga terangkat salah satu bahunya ketika memberitahu kehebatan syarikatnya, kebarangkalian untuk mengatakan syarikatnya tidak hebat adalah tinggi.

4. Sekiranya penemuduga mengatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada anda sesuai untuk diambil bekerja tetapi matanya asyik melihat resume anda, sebenarnya beliau masih berminat untuk menerima anda. TRY TO IMPRESS HIM/HER MORE!

images

5. Andaikata anda bertanya bilakah anda boleh mendapatkan keputusan temuduga, tetapi beliau membalas dengan “Um, uh, er…”, anda sudah boleh untuk berhenti berharap.

6. Jika anda melihat penemuduga menyengetkan kepala ketika anda bercakap, beliau ingin mendengar lagi makluman dari anda. Jadi, ceritakan lagi maklumat yang anda boleh sampaikan untuk terus menarik perhatian beliau.

7. Terakhir, jika anda melihat seluruh anggota badannya – kepala, bahu, pinggul dan kaki – menghala ke arah anda, beliau telah terpesona dengan setiap tutur kata anda. DO YOUR BEST!

Siapa kata mereka sahaja yang boleh membaca bahasa badan calon? Kini calon juga boleh menilai bahasa badan mereka. Kepada yang akan menghadiri temuduga, Pakar Bahasa Badan ingin mengucapakan selamat berjaya!

Do it NOW, later means NEVER.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *