Pada 12 Oktober 2021, saya telah bersama kumpulan pengurusan Politeknik Melaka dalam program ‘Bahasa Badan & Kepimpinan Organisasi Berkesan’

Program tak, nak menjadi pemimpin ini memerlukan kita tahu membina ‘Likeability’. Apabila diri kita disukai, lebih mudah untuk kita membina pengaruh dan arahan kita lebih mudah diikuti.

Isunya pada hari ini, ramai nak jadi pemimpin tapi akhirnya ke ‘laut’. Sebab apa? Sebab apabila kita tidak membina Likeability pada permulaan hari, staf sukar untuk ‘menerima’ kita dan akhirnya daripada nak jadi seorang LEADER, kita bertukar menjadi BOSS.

Mana yang lebih kita suka, pemimpin ke bos? Tak tahu beza pemimpin dan bos?

Pemimpin lebih cenderung bekerja bersama-sama dengan staf. Mereka lebih cenderung membina pasukan yang kuat dan membentuk pelapis pemimpin akan datang. Jika pemimpin dijulang atas pencapaian yang cemerlang, mereka akan menyebut dan menghargai staf yang turut sama menyumbang kepada kejayaan.

Sesi Online

Berbeza dengan bos, mereka lebih cenderung pada diri sendiri. Pada mereka, staf perlu bekerja untuk dirinya dan sekiranya kejayaan diraih, mereka lebih suka naik bersendirian dan staf ternganga sahaja sambil tidak berpuas hati.

Antara yang saya kongsikan teknik Bahasa Badan untuk pemimpin ialah bagaimana untuk dilihat boleh dipercayai, teknik bahasa badan dalam rundingan, kuasai staf melalui sentuhan dan pelbagai lagi.

Peserta Politeknik Melaka yang hebat

Apa yang lebih menarik di dalam kursus ini, saya telah berkongsi juga TEKNIK KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W. ketika baginda bersama dengan para sahabat Baginda.

Jika kita selusuri Sirah al-Nabawiyyah, Rasulullah begitu dicintai oleh para sahabat dan ini membuatkan para sahabat tidak ragu, malah berusaha bersama-sama dengan Rasulullah dalam meningkatkan syiar Islam.

InsyaAllah, jika ada pembaca berminat untuk saya kongsikan di jabatan masing-masing, boleh hubungi team kami untuk mendapatkan tarikh temujanji.

Terima kasih kepada Politeknik Melaka kerana sudi menjemput saya berkongsi ilmu bersama kumpulan pengurusan yang hebat.

WHEN BODY SPEAKS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *