Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...

Assalamualaikum dan bertemu sekali lagi pada entri kali ini.

Pada tengahari tadi, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018.

Namun apa yang menarik perhatian saya ialah bahasa badan yang dipamerkan beliau seperti berada pada kedudukan tidak selesa atau yakin dengan pengumuman ini, seolah-olah beliau tidak yakin parti pimpinannya bersedia untuk menghadapi pilihanraya kali ini.

Sumber:mynxdigital

Micro Facial Expressions

Jika dilihat pada micro facial expressions beliau, kelihatan wajahnya mempamerkan ekspresi ‘Fear’, sebagaimana disebutkan oleh Dr. Pau Ekman dalam kajiannya. Malah beliau dilihat seringkali membasahkan bibir, menandakan cortisol dalam dirinya berada dalam keadaan yang tinggi.

 

Kedudukan Leher

Apa yang menarik di dalam video ini juga, leher Dato Seri Najib kelihatan sedikit ‘pendek’, seolah-olah bahunya sedikit naik. Situasi ini mengingatkan saya kepada seorang bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ketika menghadapi skandal Watergate.

Apabila kedudukan leher kelihatan pendek, ia menandakan postur badannya berada dalam keadaan tidak selesa, seperti berada pada kedudukan tidak selamat. Seperti kura-kura yang akan menyembunyikan kepala apabila berasa tidak selamat.

 

Kesimpulan

Pada pengamatan saya, Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) bakal menjadi pilihanraya terpenting dalam sejarah. Di mana saya merasa kedudukan Barisan Nasional tidak selamat dan berkemungkinan bakal kehilangan banyak kerusi. Silap haribulan, kerusi parlimen bakal dikuasai oleh Pakatan Harapan.

 

Kita tunggu dan lihat.

 

SHAHROM HASSAN K.B, P.A

Body Language Guru

DAPATKAN EBOOK BAHASA BADAN PERCUMA DI SINI
Masukkan Emel Anda & Klik 'Download Sekarang!'
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Kami Benci SPAM. Usah Risau, Emel Anda Tidak Akan Dijual Atau Diberikan Kepada Sesiapa.

Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...