Assalamualaikum,

.

Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

.

Kepada yang mengikuti saya di Facebook pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa saya merupakan seorang kaunselor, di samping bekerjaya sebagai seorang trainer kepada organisasi-organisasi di Malaysia dan Brunei Darussalam.

.

Hari ini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah membuka satu lagi perkhidmatan baru khusus untuk membantu rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Perkhidmatan yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunseling dengan label Kaunseling Sentral.

Perkhidmatan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perkhidmatan kaunseling sama ada berbentuk individu, kelompok, kerjaya, perundingan perkahwinan dan sebagainya. Kadangkala bagi mereka yang merasa segan untuk bertemu kaunselor di organisasi kerja, mungkin bimbang dilabel sedang berhadapan dengan masalah (Ya, masih ada lagi stigma sedemikian iaitu jumpa kaunselor bermaksud ada masalah), di sinilah tempatnya.

.

Tahukah anda bahawa 4 daripada 10 orang rakyat Malaysia berisiko untuk berhadapan dengan isu kesihatan mental? Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila para psikologi menjangkakan bahawa bilangan pesakit akan semakin bertambah setiap tahun.

.

Namun semua ini dapat diringankan sekiranya anda datang bertemu kaunselor yang berdekatan. InsyaAllah risiko kesihatan mental anda akan dapat dikurangkan.

.

Kepada organisasi yang tidak mempunyai kaunselor, kami juga menawarkan khidmat sebagai PANEL KAUNSELOR untuk membantu organisasi anda untuk lebih positif seterusnya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi saya di emel: shahrom@pakarbahasabadan.com SEKARANG dan barisan kaunselor kami akan membantu anda.

.

Semoga bertemu lagi pada entri akan datang. Adios.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *