Bahasa Badan Akrab Super bersama RTM

Bahasa Badan Akrab Super bersama RTM

Assalamualaikum, Wel well well…

.

Syukur kepada Allah kerana saya baru sahaja selesai mengendalikan program Bahasa Badan Akrab Super dengan jayanya, di mana kali ini saya berpeluang berkongsi ilmu dengan peserta Akrab dari RTM seluruh negara.

.

Momentum peserta sememangnya dahsyat, al-maklumlah rata-rata mereka terdiri daripada ahli AKRAB yang banyak membantu dalam menjadi suasana kerja di organisasi menjadi lebih mudah.

.

Ada yang terdiri daripada DJ-DJ, Penerbit Rancangan dan pelbagai lagi, namun mereka hadir dengan satu matlamat iaitu untuk mendalami bahasa badan agar ilmu ini mampu menjadi method yang boleh digunakan apabila membantu rakan sekerja kelak.

.

InsyaAllah saya akan sambung pada entri yang akan datang. Semoga saya sempat berkongsi kerana selepas jadual saya semakin padat dengan program bersama peserta-peserta yang awesome.

.

Jumpa lagi hehe

Bahasa Badan Akrab Super RTM

Bahasa Badan Akrab Super RTM

Bahasa Badan Akrab Super RTM

Bahasa Badan Akrab Super RTM

Bahasa Badan Akrab Super RTM

Vlog | Tips Bahasa Badan Untuk Introvert

Vlog | Tips Bahasa Badan Untuk Introvert

Assalamualaikum.

.

Tips kali ini membincangkan bagaimana bahasa badan mampu membantu introvert dalam bergaul dengan mudah bersama orang ramai.

.

Sila ‘Share’ video ini jika dirasakan ia juga mampu memberi nilai tambah kepada rakan-rakan yang lain.

.

Do it Now, Later Means Never

Bahasa Badan Guru Awesome

Bahasa Badan Guru Awesome

Assalamualaikum semua,

Hari ini kita bertemu lagi dalam entri Body Talk.

Kepada kepada masyarakat Cina, terlebih dahulu Pakar Bahasa Badan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.

Pastinya kepada negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan akan memulakan tugas di tempat kerja masing-masing.

Selamat bekerja dan Pakar Bahasa Badan berharap agar kita dapat memberikan yang terbaik kepada kerjaya kita. Setiap kerja yang dilakukan dengan sempurna, insyaAllah ada barakah di sisi Allah S.W.T.

Topik yang ingin Pakar Bahasa Badan kongsikan kali ini ialah 5 Tips Bahasa Badan Guru Awesome. Tips untuk cikgu pun ada? Dah tentu ada hehe

Untuk yang mengikuti blog, sebenarnya banyak kajian telah dilakukan untuk melihat keberkesanan guru-guru di sekolah. Pada tahun 1999, satu kajian telah diadakan di Universiti Florida menunjukkan bahasa badan guru-guru mempengaruhi pencapaian pelajar dan keyakinan guru-guru tanpa memerlukan berkata sepatah. Ini menunjukkan bahasa badan juga memberi impak yang sangat berguna khususnya dalam P&P.

InsyaAllah, guru-guru senior pasti mempunyai banyak pengalaman yang boleh digunakan dalam teknik mengajar mereka. Jadi, kepada guru-guru baru, entri kali ini boleh digunakan dalam menjadikan P&P lebih berkesan.

Tak semua orang mampu bercakap di hadapan ramai orang. Kepada guru-guru yang baru juga pasti rasa gugup dan gemuruh tetap ada walaupun mungkin banyak latihan telah dilakukan.

Apabila gugup dan gemuruh guru dapat dilihat oleh pelajar, pastinya ia memberi tanggapan yang tidak baik dan tahap keyakinan pelajar kepada guru-guru berkurangan.

Jadi untuk mengatasinya, di sini Pakar Bahasa Badan kongsikan 5 tips yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah-masalah tadi.

bahasa badan guru awesome

Apabila pelajar berada di dalam kelas,  guru-guru perlu masuk ke dalam kelas dengan penuh keyakinan dan memulakan percakapan dengan nada kuat, jelas dan suaranya yang menarik. Kuat bukan bermaksud menjerit tetapi boleh didengari oleh semua pelajar dalam kelas.

Elakkan diri daripada dilihat tidak terurus kerana pelajar-pelajar hari ini adalah bijak dan mereka boleh menentukan sama ada untuk kekal fokus atau tidak berdasarkan first impression yang guru berikan.

Guru tidak ada kredibiliti, pelajar pun lari.

bahasa badan guru awesome

Pakar Bahasa Badan selalu juga datang ke sekolah-sekolah untuk memberi ceramah dan perasan juga ada guru-guru suka berdiri di belakang meja ketika mengajar.

Apabila guru berada di belakang meja, jadi ia akan menjadi satu barrier antara guru dan pelajar,

Jadi, untuk menjadikan kelas lebih efektif, apa kata kali ini guru gunakan keseluruhan ruang dalam kelas ketika mengajar. Anda boleh berjalan, berada di belakang sambil mengajar.

Ini yang dinamakan sebagai menggunakan ruang dengan maksimum. DI dalam bahasa badan, orang yang hebat ialah orang yang banyak menggunakan ruang.

bahasa badan guru awesome

Apabila bercakap dengan pelajar, guru-guru perlu berkomunikasi dengan melihat wajah mereka. Jika menanyakan soalan kepada mereka, lihat wajah mereka, berikan senyuman dan eye contact adalah WAJIB.

Jika ketinggian pelajar adalah rendah berbanding anda (khususnya di sekolah rendah), rendahkan sedikit badan anda lebih kurang separas dengan mereka kerana ia juga mempengaruhi minda mereka bahawa anda seorang yang memahami dan boleh didekati.

Waktu inilah guru-guru boleh mewujudkan bonding sebagai rakan kepada mereka. Mereka akan zahirkan rasa hormat kepada anda tanpa mereka sedari.

bahasa badan guru awesome

Apabila guru-guru berhadapan dengan pelajar bermasalah, sama seperti tips ketiga tadi di mana apabila bercakap dengan mereka, pastikan kedudukan anda separas dengan mereka. Gunakan nada rendah dan berikan perhatian melalui eye contact.

Kebiasaannya, pelajar-pelajar bermasalah ini adalah kurang mendapat perhatian di rumah. Berikan perhatian kepada mereka, pasti mereka akan rasa diri dihargai dan mampu bekerjasama dengan baik,

Jika masalah adalah serius, anda boleh bercakap dengan mereka di luar kelas atau selesai waktu kelas. Elakkan daripada memarahi mereka di dalam kelas kerana ia akan membuatkan mereka berasa malu kepada rakan dan membalas rasa tidak puas hati dengan berkonfrontasi dengan kita di dalam kelas.

Guru tidak cermat, pelajar pun hilang hormat.

bahasa badan guru awesome

Sambungan kepada tips ke-4 tadi, apabila berhadapan dengan pelajar bermasalah, gunakanlah bahasa badan terbuka.

Elakkan daripada bercakap dengan kedudukan anda lebih tinggi daripada mereka kerana ia akan menarik rasa konfrontasi. Elakkan juga dari berpeluk tubuh, ‘memasuki’ ruang keselesaan mereka dan bersilang kaki kerana ia menunjukkan rasa tidak senang dan akhirnya perbincangan tidak efektif.

Setakat itu sahaja perkongsian bahasa badan untuk kali ini. Banyak lagi tips tapi cubalah dulu 5 tips ini terlebih dahulu. InsyaAllah saya kongsikan lagi pada entri yang akan datang.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kesilapan Membaca Badan Badan Seseorang Yang Sering Dilakukan

Kesilapan Membaca Badan Badan Seseorang Yang Sering Dilakukan

Assalamualaikum semua,

Terima kasih pada yang membaca tulisan saya tentang bahasa badan Trump ketika majlis mengangkat sumpah.

Saya pun terkejut sebab ramai yang membaca kerana biasanya apa saja posting pada hujung minggu tidak ramai yang membacanya.

Apa pun, terima kasih banyak-banyak yang membacanya.

Jadi, dari tulisan semalam, ada yang bertanya macam mana nak baca bahasa badan seseorang?

Kalau dah bertanya macam mana nak bertanya, nanti datanglah ke Malaysia’s Body Language Facilitator Program. Nanti saya ajarkan dari A sampai Z. InsyaAllah selepas ini boleh menganalisa dan membaca bahasa badan orang lain dengan mudah.

Sebelum saya kongsikan dengan lebih lanjut, hari ini saya nak share tentang kesilapan yang selalu dibuat ketika membaca bahasa badan seseorang.

kesilapan membaca bahasa badan seseorang

Bahasa badan pada hari ini memainkan peranan penting dalam membina dan memberi impression kepada seseorang.

Tapi ramai yang tersilap dalam membaca bahasa badan kerana beberapa sebab tertentu.

Hari ini saya kongsikan 5 kesilapan yang selalu berlaku dalam membaca bahasa badan seseorang.

kesilapan dalam membaca bahasa badan seseorang

Dalam bahasa badan, context adalah priority utama. Kita tak boleh membaca bahasa badan seseorang jika kita tidak faham situasi di sebaliknya.

Context adalah pembolehubah seperti lokasi, perhubungan, masa, pengalaman silam, malah suhu bilik juga termasuk dalam context. Bergantung kepada context, maksud bahasa badan juga boleh berubah.

Contohnya, kita selalu baca bahasa badan orang yang berpeluk tubuh sebagai seorang yang defensif. Jika kita tidak memahami context, kita mungkin tersilap kerana boleh jadi juga orang tersebut berpeluk tubuh kerana berada dalam bilik yang sangat sejuk.

kesilapan dalam membaca bahasa badan seseorang

Ramai orang yang cuba memahami cara pemikiran seseorang dengan melihat bahasa badan mereka.

Pandangan itu betul kerana bahasa badan adalah cerminan apa yang sedang difikirkan oleh seseorang. Tapi ramai yang hanya menilai hanya dengan memahami satu maksud sahaja.

Memandangkan otak manusia cenderung memberi perhatian kepada mesej negatif berbanding positif, jadi penilaian juga akan menjurus kepada elemen negatif juga.

Contoh seperti contoh yang pertama juga tadi. Orang tidak tahu kita berpeluk tubuh kerana sejuk, tetapi bagi mereka, mereka menganggap kita sedang dalam kebosanan atau tidak boleh didekati.

When it comes to body language, context is king. You can’t really make sense of someone’s nonverbal message unless you understand the circumstances behind it. Context is a weave of variables including location, relationships, time of day, past experience, and even room temperature. Depending on the context, the same nonverbal signals can take on totally different meanings. Your team members, and colleagues won’t always have access to this insight. So if you yawn in a staff meeting because you were up early for an international business call – let people know why you’re tired. Without this context, you’ll look like you’re just bored.

Baseline…ramai yang tidak melihat baseline seseorang dalam membaca bahasa badan. Itulah yang membezakan bahasa badan lama dan bahasa badan baru.

Baseline adalah keadaan seseorang tanpa tekanan. Ia bermaksud suatu perlakukan kebiasaan atau habit seseorang.

Baseline berlaku di awal pertemuan. Di sinilah waktu untuk kita lihat keadaan diri mereka secara semulajadi supaya kita boleh membuat penilaian bahasa badan mereka selepas itu.

Ramai yang bercakap tentang bina rapport, tapi ramai lupa untuk melihat baseline seseorang ketika membina rapport.

Contohnya, kita akan membaca seseorang yang suka memegang hidung sebagai nervous. Tetapi jika di awal pertemuan kita tidak melihat baseline mereka, kita pasti mungkin tersilap kerana boleh jadi seseorang memegang hidung kerana gatal disebabkan resdung.

kesilapan dalam membaca bahasa badan seseorang

Kadangkala kita tersilap dalam membaca bahasa badan seseorang kerana bias atau berat sebelah. Itu yang biasa berlaku ketika di sesi temuduga apabila bias membuatkan kita menilai bahasa badan seseorang dengan cara yang salah.

kesilapan dalam membaca bahasa badan seseorang

Bahasa badan hari ini secara umumnya diterima pakai oleh semua bangsa dan negara. Tetapi harus diingat, bahasa badan bukanlah universal.

Sesetengah tempat membawa maksud yang baik tetapi di tempat lain bermaksud yang tidak baik. Jadi kita perlu membuat sedikit research khususnya jika kita berurusan dengan orang dari negara lain kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada perhubungan, bisnes dan kerjasama serantau.

Itu adalah sedikit perkongsian bahasa badan untuk kali ini. InsyaAllah saya kongsikan lagi pada entri yang akan datang.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Trump Mengangkat Sumpah Sebagai Presiden US: Analisis Bahasa Badan

Trump Mengangkat Sumpah Sebagai Presiden US: Analisis Bahasa Badan

Assalamualaikum,

Hai semua, apa khabar? Lama tak bertemu, almaklumlah banyak perancangan untuk tahun 2017 ini yang perlu dibuat. InsyaAllah tahun ini, saya akan berkongsi ilmu supaya ramai di kalangan kita selepas ini yang mampu menganalisa serta membaca bahasa badan seseorang.

Kali ini saya ingin berkongsi kepada semua, analisis bahasa badan yang saya lakukan sewaktu Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Terima kasih kepada Cikpuan  Emmy Hermina Nathasia yang berkongsi link video ini. Kepada yang ingin menonton boleh lihat di link ini, https://www.facebook.com/FoxNews/videos/10155020403316336/

Pada majlis angkat sumpah ini, bekas-bekas Presiden juga turut hadir dan kerana itu, usah terkejut Hillary Clinton juga turut berada di situ kerana beliau berada di situ kerana pernah menjadi the First Lady of United States of America, sewaktu suaminya Bill Clinton menjadi Presiden.

Hillary menarik nafas

Gambar-gambar di atas adalah sewaktu mereka sedang menunggu nama mereka dijemput. Gambar pertama adalah sewaktu mereka baru sahaja menuruni tangga dan kelihatan mereka berdua dalam keadaan yang tenang. Namun gambar kedua pula, adalah beberapa saat selepas itu, di mana Hillary menarik nafas yang agak dalam dan jika dilihat dari ekspresi wajahnya, tergambar wajah ketidak selesaan beliau untuk berada di majlis ini.

Pada pendapat saya, beliau masih bersedih dengan kekalahannya dan melihat impian dirinya sebagai Presiden pertama yang dilantik di kalangan wanita tidak tercapai. Apatah lagi perlu berada di situ untuk melihat lawannya dilantik sebagai Presiden seterusnya. Perlu diingat, Hillary dan Trump saling membenci antara satu sama lain. Moment ini boleh dilihat pada moment 1:10:23.

Selepas Bill Clinton, Barack Obama antara yang diiktiraf sebagai seorang yang mahir menggunakan bahasa badan dengan baik, Jika dilihat pada gambar ini, beliau menghulurkan salam kepada keluarga Trump sambil belly button menghala ke arah mereka. Jika ingin tahu sama ada seseorang itu berniat tulus dengan kita, lihatlah arah ‘belly-button’nya menghala ke arah kita.

trump sworn

Ketika sesi mengangkat sumpah, saya tertarik untuk melihat bibirnya kerana dari segi micro facial expressions, Trump mempamerkan dirinya seorang yang berkuasa dan tenang, walaupun ketika beliau menyebut namanya, terpancar wajah egonya di situ.

Bibir merupakan bahagian yang kita boleh lihat sama ada beliau yakin atau tidak yakin, stress atau tidak, atau bercakap benar atau sebaliknya, semuanya boleh dilihat melalui pergerakan bibir seseorang.

“I, Donald J. Trump solemnly swear” (Reaksi wajahnya mempamerkan ketenangan di samping sedikit ego, kerana namanya merupakan satu jenama besar dan kini jenama Trump menguasai White House)

“That I will faithfully execute…” (bibirnya tenang rapat selepas menyebut execute)

“the office of the President of the United States…” (bibirnya masih tenang ditutup rapat)

“…and will to the best of my ability…” (bibirnya masih tenang ditutup rapat selepas perkataan ability)

“preserve, protect and defend…” (pergerakan bibirnya lambat sedikit daripada sebutan-sebutan sebelumnya serta menarik nafas yang dalam, ia memberi gambaran ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan mencabar dan subconscious nya menyatakan ia tidak mampu melakukannya seorang diri)

Sejurus selepas majlis mengangkat sumpah, beliau meraikan bersama keluarganya serta kemudiannya bersalaman dengan bekas Presiden, Barack Obama sambil tangan kirinya memegang bahu Obama. Ini menunjukkan posisi dan kedudukannya kini adalah tertinggi dan memberi isyarat kepada Obama, “I’m the top dog now”.

Mengenai posisi tangannya ketika mengangkat sumpah serta pergerakan bahasa badannya ketika ucapan, saya simpan analisisnya untuk dikongsikan di Malaysia’s Body Language Facilitator Program nanti.

Itu adalah sedikit analisis yang saya boleh ulas dari aspek bahasa badan di dalam majlis angkat sumpat Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.