bahasa badan guru awesome

Assalamualaikum semua,

Hari ini kita bertemu lagi dalam entri Body Talk.

Kepada kepada masyarakat Cina, terlebih dahulu Pakar Bahasa Badan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.

Pastinya kepada negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan akan memulakan tugas di tempat kerja masing-masing.

Selamat bekerja dan Pakar Bahasa Badan berharap agar kita dapat memberikan yang terbaik kepada kerjaya kita. Setiap kerja yang dilakukan dengan sempurna, insyaAllah ada barakah di sisi Allah S.W.T.

Topik yang ingin Pakar Bahasa Badan kongsikan kali ini ialah 5 Tips Bahasa Badan Guru Awesome. Tips untuk cikgu pun ada? Dah tentu ada hehe

Untuk yang mengikuti blog, sebenarnya banyak kajian telah dilakukan untuk melihat keberkesanan guru-guru di sekolah. Pada tahun 1999, satu kajian telah diadakan di Universiti Florida menunjukkan bahasa badan guru-guru mempengaruhi pencapaian pelajar dan keyakinan guru-guru tanpa memerlukan berkata sepatah. Ini menunjukkan bahasa badan juga memberi impak yang sangat berguna khususnya dalam P&P.

InsyaAllah, guru-guru senior pasti mempunyai banyak pengalaman yang boleh digunakan dalam teknik mengajar mereka. Jadi, kepada guru-guru baru, entri kali ini boleh digunakan dalam menjadikan P&P lebih berkesan.

Tak semua orang mampu bercakap di hadapan ramai orang. Kepada guru-guru yang baru juga pasti rasa gugup dan gemuruh tetap ada walaupun mungkin banyak latihan telah dilakukan.

Apabila gugup dan gemuruh guru dapat dilihat oleh pelajar, pastinya ia memberi tanggapan yang tidak baik dan tahap keyakinan pelajar kepada guru-guru berkurangan.

Jadi untuk mengatasinya, di sini Pakar Bahasa Badan kongsikan 5 tips yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah-masalah tadi.

bahasa badan guru awesome

Apabila pelajar berada di dalam kelas,  guru-guru perlu masuk ke dalam kelas dengan penuh keyakinan dan memulakan percakapan dengan nada kuat, jelas dan suaranya yang menarik. Kuat bukan bermaksud menjerit tetapi boleh didengari oleh semua pelajar dalam kelas.

Elakkan diri daripada dilihat tidak terurus kerana pelajar-pelajar hari ini adalah bijak dan mereka boleh menentukan sama ada untuk kekal fokus atau tidak berdasarkan first impression yang guru berikan.

Guru tidak ada kredibiliti, pelajar pun lari.

bahasa badan guru awesome

Pakar Bahasa Badan selalu juga datang ke sekolah-sekolah untuk memberi ceramah dan perasan juga ada guru-guru suka berdiri di belakang meja ketika mengajar.

Apabila guru berada di belakang meja, jadi ia akan menjadi satu barrier antara guru dan pelajar,

Jadi, untuk menjadikan kelas lebih efektif, apa kata kali ini guru gunakan keseluruhan ruang dalam kelas ketika mengajar. Anda boleh berjalan, berada di belakang sambil mengajar.

Ini yang dinamakan sebagai menggunakan ruang dengan maksimum. DI dalam bahasa badan, orang yang hebat ialah orang yang banyak menggunakan ruang.

bahasa badan guru awesome

Apabila bercakap dengan pelajar, guru-guru perlu berkomunikasi dengan melihat wajah mereka. Jika menanyakan soalan kepada mereka, lihat wajah mereka, berikan senyuman dan eye contact adalah WAJIB.

Jika ketinggian pelajar adalah rendah berbanding anda (khususnya di sekolah rendah), rendahkan sedikit badan anda lebih kurang separas dengan mereka kerana ia juga mempengaruhi minda mereka bahawa anda seorang yang memahami dan boleh didekati.

Waktu inilah guru-guru boleh mewujudkan bonding sebagai rakan kepada mereka. Mereka akan zahirkan rasa hormat kepada anda tanpa mereka sedari.

bahasa badan guru awesome

Apabila guru-guru berhadapan dengan pelajar bermasalah, sama seperti tips ketiga tadi di mana apabila bercakap dengan mereka, pastikan kedudukan anda separas dengan mereka. Gunakan nada rendah dan berikan perhatian melalui eye contact.

Kebiasaannya, pelajar-pelajar bermasalah ini adalah kurang mendapat perhatian di rumah. Berikan perhatian kepada mereka, pasti mereka akan rasa diri dihargai dan mampu bekerjasama dengan baik,

Jika masalah adalah serius, anda boleh bercakap dengan mereka di luar kelas atau selesai waktu kelas. Elakkan daripada memarahi mereka di dalam kelas kerana ia akan membuatkan mereka berasa malu kepada rakan dan membalas rasa tidak puas hati dengan berkonfrontasi dengan kita di dalam kelas.

Guru tidak cermat, pelajar pun hilang hormat.

bahasa badan guru awesome

Sambungan kepada tips ke-4 tadi, apabila berhadapan dengan pelajar bermasalah, gunakanlah bahasa badan terbuka.

Elakkan daripada bercakap dengan kedudukan anda lebih tinggi daripada mereka kerana ia akan menarik rasa konfrontasi. Elakkan juga dari berpeluk tubuh, ‘memasuki’ ruang keselesaan mereka dan bersilang kaki kerana ia menunjukkan rasa tidak senang dan akhirnya perbincangan tidak efektif.

Setakat itu sahaja perkongsian bahasa badan untuk kali ini. Banyak lagi tips tapi cubalah dulu 5 tips ini terlebih dahulu. InsyaAllah saya kongsikan lagi pada entri yang akan datang.

Shahrom Hassan (Pakar Bahasa Badan)

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *