Assalamualaikum dan bertemu lagi pada entri kali ini,

 

Saya baru sahaja menonton perlawanan akhir bola sepak UEFA Champions League di antara Real Madrid dan Liverpool di mana kesudahannya, Real Madrid mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan Liverpool dengan 3-1.

 

Namun apa yang menarik perhatian saya ialah apabila melihat dua pundits atau pengulas perlawanan yang mempamerkan bahasa badan yang sangat menarik. Pundits yang dijemput ialah Steven Gerard, Frank Lampard dan Rio Ferdinand.

Ketepikan Lampard, di mana saya tertarik untuk mengulas bahasa badan yang dipamerkan oleh Steven Gerrard dan Rio Ferdinand, di mana kita sedia maklum Liverpool dan Manchester United merupakan dua buah pasukan yang mempunyai pertembungan klasik sejak berdekad lamanya.

Steven Gerrard

Di dalam gambar ini, dapat dilihat Steven Gerrard menundukkan kepalanya ke bawah, bibirnya diketapkan serta kedudukan bahunya yang mengecilkan postur badannya. Ini membawa maksud beliau merasa sedih dan malu di atas kekalahan pasukan kesayangannya.

Apabila postur badan kita semakin mengecil, cortisol akan menguasai diri dan akan menyebabkan hilang keyakinan diri serta memberi kesan negatif yang lama.

 

Rio Ferdinand

Manakala bagi bahasa badan Rio Ferdinand pula, beliau kelihatan mempamerkan ekspresi gembira, kedudukan postur badannya yang tegak serta menguasai ruang, jelas mempamerkan rasa gembira dan kepuasan atas perlawanan yang melibatkan kekalahan pasukan yang bermusuhan dengan pasukannya.

 

Kesimpulan

Jelas di sini, suasana mampu memberi kesan kepada hormon testosterone (keyakinan) dan cortisol (stress) dalam diri kita. Sekiranya kita merasakan hormon cortisol lebih dominan berbanding testosterone, kita perlu cepat melakukan sesuatu supaya hormon testosterone naik kembali dan kita dapat semula momentum keyakinan dalam diri kita.

 

Takziah buat Liverpool.

 

SHAHROM HASSAN K.B, P.A

Body Language Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *