Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali pada entri kali ini,

Bagaimana dengan puasa kali ini? Saya pasti Ramadan kali ini sedikit berbeza dengan Ramadan yang sebelumnya kerana Ramadan kali ini kita dapat merasai suasana baru dalam politik di negara kita.

Bayangkan, satu demi satu berita melalui kerajaan Malaysia Baharu dimaklumkan dan disajikan kepada kita saban hari. Ada yang berupa skandal kerajaan terdahulu dan ada juga progres kerja kerajaan baharu.

Namun, entri kali ini saya ingin bawa kita pada peristiwa 20 tahun dahulu.

20 tahun dahulu, satu peristiwa telah berlaku apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dipecat oleh insan yang pernah disanjunginya, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed. Suatu ketika, DSAI pernah mengungkapkan kata-kata, “Sekiranya awan bolehku pintalkan, pastikan akan ku pintalkan nama Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed’, sebagai tanda hormatnya beliau kepada ketuanya ketika itu.

Namun langit tidak selalunya cerah, dan tiada apa yang kekal di dalam arena politik.

Fast forward, 20 tahun kemudian, mereka kembali bersama dengan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Dan kali ini, gabungan 4 parti dan dua daripadanya dipimpin oleh dua tokoh ini, telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 60 tahun tanpa tewas.

Kini mereka duduk bersama kembali.

Saya mendoakan semoga hubungan yang telah bertaut kembali dapat dikekalkan agar rakyat kembali bersatu di bawah satu kepimpinan yang memperjuangkan dan mendahulukan rakyat.

Salam Ramadan…

 

SHAHROM HASSAN K.B, P.A

Body Language Guru

DAPATKAN EBOOK BAHASA BADAN PERCUMA DI SINI
Masukkan Emel Anda & Klik 'Download Sekarang!'
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Kami Benci SPAM. Usah Risau, Emel Anda Tidak Akan Dijual Atau Diberikan Kepada Sesiapa.

Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...