Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...

Al-Kisah Perdana Menteri China

Dua gambar di atas, adalah situasi bekas Perdana Menteri & Perdana Menteri yang baharu di sambut oleh Le Keqiang, Perdana Menteri China.

Ada beberapa faktor yang boleh dilihat dari bahasa badan dalam gambar ini:

1. Bersalaman

Cara genggaman Le Keqiang kepada DSN & Tun M adalah berbeza.

Ketika bersalam dengan DSN, genggaman tangannya lebih natural & tidak menekan.

Akan tetapi dari segi kecondongan, tangan Le Keqiang sedikit berada di atas ie. Tangan siapa di atas, dia berkuasa.

Manakala, ketika bersalam dengan Tun M, beliau kelihatan seolah menggenggam dengan kuat yang juga membawa isyarat kuasa.

2. Proxemics

Jika dapat dilihat juga, jarak Le Keqiang dengan tetamunya juga berbeza.

Dalam bahasa badan, jarak memainkan tanda penerimaan seseorang.

Jarak beliau terhadap DSN lebih dekat berbanding dengan Tun M ie. Semakin dekat seseorang dengan kita, semakin suka orang tersebut kepada kita.

3. Belly Button Rules

Masih ingat dulu saya pernah cerita mengenai pusat? Hehe

Apabila seseorang menghalakan arah pusatnya kepada kita, ia memberi maksud keterbukaan dan penerimaan yang baik kepada kita.

Dalam konteks gambar di atas, Le Keqiang lebih berninat dan terbuka untuk berurusan dengan DSN berbanding dengan Tun M.

Kesimpulan

Dalam 2 situasi ini, Le Keqiang jelas lebih berminat untuk berurusan dengan DSN berbanding dengan Tun M.

Pada pengamatan saya, Le Keqiang bakal berdepan rundingan yang sukar berbanding pemimpin sebelum ini. Ia jelas dapat dilihat melalui bahasa badan beliau.

DAPATKAN EBOOK BAHASA BADAN PERCUMA DI SINI
Masukkan Emel Anda & Klik 'Download Sekarang!'
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Kami Benci SPAM. Usah Risau, Emel Anda Tidak Akan Dijual Atau Diberikan Kepada Sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...