Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...

Assalamualaikum dan salam bertemu lagi,

Hari ini mencatatkan sejarah dalam arena politik tanahair apabila Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mendapatkan kembali kebebasannya. Berita pembebasannya ini mendapat liputan yang meluas bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.

Apa yang menarik di sebalik pembebasan beliau, saya sempat melihat bahasa badan yang menarik daripada watak-watak penting dalam peristiwa ini.

Di dalam gambar di atas, dapat dirakamkan pertemuan di antara Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DSAI dan Datuk Seri Azmin Ali. Apa yang menarik mengenai bahasa badan tokoh-tokoh ini, tergambar keselesaan apabila dapat dilihat ketiga-tiga tokoh ini meletakkan tangan pada tepi sofa.

Di dalam bahasa badan, apabila seseorang menggunakan sepenuh ruang yang ada seperti meletakkan tangan di tepi sofa atau kedudukan kaki terbuka, ia menggambarkan keselesaan dan pengaruh. Oleh sebab itu, orang yang berpengaruh suka menggunakan ruang yang luas.

 

 

Manakala pada gambar di atas, ia adalah gambar di mana DSAI bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir sejurus pembebasan beliau. Dapat dilihat tangan kiri DSAI berada di atas lengan Tun Dr. Mahathir dan biasanya, ramai yang mengatakan ‘tangan siapa di atas, dia berkuasa’.

Namun, dalam konteks gambar ini, bahasa badan yang dipamerkan BUKANLAH menandakan pengaruh kerana konteks yang dipamerkan ialah tanda penghargaan dan terima kasih DSAI kepada Tun Dr. Mahathir kerana telah sudi membantu dalam membebaskan beliau daripada hukuman yang dijalaninya.

Jelas di sini, untuk memahami maksud di sebalik bahasa badan yang dipamerkan, penting untuk kita tahu apakah BASELINE sebelum menentukan HOTSPOT suatu bahasa badan tertentu.

Di sini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat kembali kepada DSAI dan semoga dengan pembebasan ini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia atas kepimpinan dan kebijaksanaan DSAI dalam membantu tadbir urus negara ini.

Bertemu lagi pada entri yang akan datang.

 

SHAHROM HASSAN K.B, P.A

Body Language Guru

 

DAPATKAN EBOOK BAHASA BADAN PERCUMA DI SINI
Masukkan Emel Anda & Klik 'Download Sekarang!'
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Kami Benci SPAM. Usah Risau, Emel Anda Tidak Akan Dijual Atau Diberikan Kepada Sesiapa.

Dapatkan Tip Terkini Mengenai Bahasa Badan

Dapatkan tip-tip bahasa badan terkini terus ke emel anda setiap hari. Klik 'Saya Nak!" SEKARANG!
Email address
Secure and Spam free...