Tips Anda Berjaya @ Gagal Temuduga

Pada entri kali ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh mengetahui membaca bahasa badan penemuduga, sama ada anda telah berjaya atau tidak dalam temuduga.

Di sini saya akan kongsikan 7 tips dari gaya bahasa badan penemuduga supaya anda boleh mendapat signal daripada bahasa badannya:

1. Sekiranya anda mendapati hujung kasut penemuduga (jika nampak) menghala ke arah pintu, maknanya beliau telah selesai berurusan dengan anda. Next!

2. Apabila anda mendapati penemuduga ‘mirroring’ gaya anda, ini bermaksud beliau merasakan anda telah menjadi sebahagian daripada syarikat. Tahniah, anda telah berjaya dalam sesi temuduga ini.

3. Apabila penemuduga terangkat salah satu bahunya ketika memberitahu kehebatan syarikatnya, kebarangkalian untuk mengatakan syarikatnya tidak hebat adalah tinggi.

4. Sekiranya penemuduga mengatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada anda sesuai untuk diambil bekerja tetapi matanya asyik melihat kepada resume anda, sebenarnya beliau masih berminat untuk menerima anda. Teruskan memberikan impresi terbaik anda!

5. Jika anda bertanya: bilakah keputusan temuduga boleh diketahui, tetapi beliau membalas dengan “Um, uh, er…”, sebenarnya anda sudah boleh untuk berhenti berharap.

6. Seandainya anda melihat penemuduga menyengetkan kepala ketika anda bercakap, ini bermaksud beliau ingin mendengar lagi maklumat dari anda. Teruskan berkongsi sehingga penemuduga berpuas hati dengan anda.

7. Terakhir, jika anda melihat seluruh anggota badannya – kepala, bahu, pinggul dan kaki – menghala ke arah anda, beliau telah terpesona dengan setiap tutur kata anda. Good Job, peluang diambil bekerja adalah cerah!

Siapa kata penemuduga sahaja yang boleh membaca bahasa badan calon?

Kini calon juga boleh menilai bahasa badan penemuduga.

Kepada yang akan menghadiri temuduga, kami dari team Pakar Bahasa Badan mengucapkan ‘All the best!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *