Bahasa Badan & Parenting (Temubual di Putra FM)

Pada hari ini, kesibukan bekerja untuk mencari pendapatan untuk keluarga dilihat sebagai salah satu cabaran yang berupaya menjejaskan hubungan kekeluargaan.

 

Apatah lagi, selain bapa yang sudah semestinya menjalankan tugas untuk menyara rezeki keluarga, si ibu juga turut bekerja menambah pendapatan keluarga.

 

Akhirnya, dek kerana kesibukan dan kepenatan setelah sehari bekerja, masa bersama keluarga semakin berkurangan dan anak terasa tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama ibu dan bapa mereka.

 

Atas isu ini, Putra FM, iaitu radio rasmi Universiti Putra Malaysia(UPM) telah menjemput untuk memberikan perkongsian bagaimana bahasa badan boleh membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

Bersama Puan Noorihayatti Noorudin, salah seorang kaunselor yang bertugas di UPM, saya kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membina komunikasi berkualiti bersama anak-anak.

 

Selamat menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *