6 Teknik Bahasa Badan Bina Berpengaruh

Sejak melibatkan diri dalam bidang training, saya telah mengendalikan banyak program bersama kementerian, jabatan kerajaan, swasta, korporat malah orang perseorangan.

Semakin lama, saya dapati Bahasa Badan banyak mempengaruhi gaya hidup kita.

Di sini saya kongsikan 6 Teknik Bahasa Badan yang mudah dan berpengaruh untuk anda gunakan sepanjang tahun ini:

1. Sebelum meeting, bernafaslah melalui mulut

Sebelum anda memasuki bilik meeting, tarik nafas dan hembuskan melalui mulut.

Jika anda dapati tiada orang di situ, hembuskan nafas sambil mengeluarkan bunyi angin nafas perlahan-lahan.

Teknik ini akan membantu anda meredakan ketegangan atau stress di leher, bahu dan juga rahang supaya dapat memudahkan proses komunikasi.

2. Ketika memberi pembentangan, pastikan ada ‘Pause’

Manusia suka bergerak. Apabila anda bergerak sambil bercakap, anda mudah menarik perhatian orang yang mendengar.

Ia akan menjadi lebih efektif apabila anda bergerak ke satu tempat sebelum masuk kepada isi yang ingin anda kongsikan.

Anda boleh gunakan teknik ini ketika ingin mengubah topik.

Contohnya, jika anda ingin kongsikan 3 isi utama, pastikan anda berdiri di 3 tempat yang berbeza.

Jika anda tidak bergerak dan percakapan anda laju tanpa ‘pause, orang akan cepat bosan dan ‘lari’ daripada anda.

3. Bina keyakinan melalui permainan tangan yang baik

Gaya tapak tangan ke atas menunjukkan anda ialah seorang yang terbuka dan bersedia untuk berunding, manakala tapak tangan ke bawah menandakan anda ingin memuktamadkan rundingan.

Tapak tangan ke bawah juga mampu membuatkan orang lain akur dengan cadangan atau arahan anda.

Jadi pastikan, anda menggunakan teknik tapak tangan yang betul supaya anda mampu menguasai keadaan dengan baik.

4. Perhatikan tempat duduk klien supaya anda tahu waktu terbaik untuk berhenti

Orang cenderung memberikan signal untuk mengakhiri rundingan dengan menghalakan badan ke arah pintu keluar.

Jika anda nampak seseorang menunjukkan gaya sebegitu, pendekkan cerita, teruskan kepada kesimpulan dan anda tamatkan percakapan anda dengan segera.

Lebih lama anda bercakap, anda mengundang ‘bahaya’.

5. Bina rapport untuk mendapat kelebihan dalam rundingan

Pernah mendengar satu teknik dalam NLP dipanggil ‘Mirroring’?

Mirroring adalah kaedah terbaik membina rapport dengan pantas bersama klien.

Perhatikan bahasa badannya dan sekiranya banyak gaya yang dilakukan oleh klien sama dengan gaya yang kita lakukan, ini bermakna mirroring telah berjaya dilakukan dengan baik.

Anda akan dapati interaksi mula ‘panas’ dan akan lebih mudah untuk berinteraksi.

Itu antara cara pantas anda boleh lihat bahasa badan boleh membantu dalam membina rapport.

6. Untuk meningkatkan produktiviti, pastikan anda menggunakan Bahasa Badan terbuka

Manusia cenderung untuk melihat contoh daripada ketua dari aspek emosi.

Apabila bahasa badan adalah tertutup, marah atau tertekan, bahasa badan ini secara tidak sedarnya akan diikuti oleh pekerja-pekerja.

Apabila anda menggunakan bahasa badan yang relax, terbuka, anda akan dapati pekerja juga akan respon menggunakan bahasa badan yang sama.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan suasana positif dan lebih produktif.

Kesimpulannya, 6 teknik ini nampak mudah tapi usah memandang rendah pada kemampuannya. Bahasa Badan walau hanya sedikit, akan memberi kesan yang besar untuk bagaimana orang lain menerima dan membalas semula kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *