Apa Itu BLC?
Apa Itu BLC?
Oleh SHAHROM HASSAN
Body Language Code (BLC) merupaka sebuah konsultan yang memberi penekanan kepentingan bahasa badan dalam urusan kehhidupan seharian.
Kami menawarkan kursus-kursus yang mampu meningkatkan kualiti perhubungan, malah membentuk kemahiran modal insan yang berkualiti.
Bahasa Badan memberikan impak mesej yang lebih tinggi berbanding dengan kata-kata. Janine Driver, bekas FBI dan juga Presiden Body Language Institute, USA pernah berkata, ‘Apabila berlaku konflik di antara ucapan dan bahasa badan, anda perlu mempercayai bahasa badan’.
Menurut kajian Dr. Albert Mehrabian, seorang Profesor Psikologi di UCLA, impak komunikasi dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu Lisan, Bahasa Badan dan Tona Suara. Bahasa Badan memberikan impak tertinggi dengan 55%, diikuti 38% daripada Tona Suara dan baki 7% adalah daripada percakapan kita seharian.
Bahasa Badan ialah senjata rahsia untuk memahami dan menggunakan Komunikasi Bukan Lisan (Non-verbal Communication), corak ucapan dan tona suara untuk mengesan perhubungan, masalah, kejayaan professional, mengesan penipuan dan menentukan apa yang orang lain mahukan. Memahami maksud yang disampaikan oleh bahasa badan akan membantu mengubah pendekatan atau tindakan untuk memperolehi keputusan yang lebih baik.
Kursus ini akan menunjukkan kepada peserta seberapa cepat dan tepat untuk menganalisa seseorang dari sudut sikap dan tingkahlaku.
Ini memudahkan kepada peserta untuk mengenali sesiapa sahaja yang sedang mereka berkomunikasi dalam memudahkan tugas dan urusan khususnya di dalam kerjaya.
Melalui kursus ini peserta dapat mempertingkatkan keupayaan diri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi, klien, seterusnya menjadikan diri seorang yang sensitif dengan persekitaran & positif dalam kehidupan