Ahmad Maslan Lari Daripada Menjawab Soalan

AHMAD MASLAN LARI DARIPADA JAWAB SOALAN WARTAWAN

Baru-baru ini, video daripada KiniTV menjadi viral apabila wartawan ingin menanyakan komen Ahmad Maslan berkenaan isu kenaikan harga minyak masak.

Bagi yang belum menonton video tersebut, anda boleh menonton videonya seperti di bawah:

Namun suka saya ingatkan perkongsian ini hanya berkaitan bahasa badan beliau. Ia sama sekali tidak berkait dengan politik.

Berikut adalah analisa saya mengenai bahasa badan beliau.

Walaupun video tersebut adalah pendek dengan durasi selama 26 saat sahaja tetapi beberapa bahasa badan dapat dilihat yang boleh menggambarkan keadaan diri beliau ketika itu. Ini adalah analisis saya.

0:06 – Ketika beliau sampai, tangannya telah menyentuh Power Zone iaitu di bahagian leher, menandakan diri sudah terasa ‘terancam’ dengan kehadiran wartawan di situ.

0:07 – Setelah itu, beliau menyentuh hidungnya, menandakan dirinya nervous dan sudah menjangka soalan yang bakal ditanya.

0:09 – Matanya tidak fokus ketika soalan mula diajukan kerana ketika itu fikirannya sedang menerawang berfikir sesuatu, mencari ‘jalan’ agaknya.

0:13 – Time delay, adalah salah satu teknik dalam deception, di mana beliau bersalam dengan semua orang sebelum melangkah pergi.

0:23 – Postur badannya yang ‘menguncup’ seolah-olah sedang memasukkan tangannya ke dalam poket menandakan dirinya tidak selesa dengan situasi sebentar tadi.

Seperti saya katakan tadi, video yang pendek tetapi banyak bahasa badan yang boleh dianalisis daripada individu terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *