Analisa BLC

Senyuman Orang Russia

Senyuman Orang Russia

Agak cliché, apabila menonton filem Hollywood di mana orang Amerika sering bergurau mengatakan orang Russia tidak tahu cara nak senyum. Betul ke orang Russia tidak pandai senyum?

Memang ada bukti yang mengatakan Orang Russia kurang gembira berbanding orang Amerika tetapi kajian terbaharu mengatakan jurang kegembiraan tidaklah besar. Senang cerita, ia serba sedikit berkait dengan silang budaya (multi-cultutal). Dari segi budaya, orang Amerika digalakkan untuk senyum di tempat awam, manakala orang Russia adalah sebaliknya.

Orang Russia hidup dalam budaya yang lebih terikat dan berperaturan dari aspek emosi.  Akan tetapi, pendekatan ini berbeza apabila bersama dengan orang yang dikenali, di mana mereka boleh bergaul dengan baik. Ini membuktikan orang Russia juga boleh bermain dengan ekspresi, tinggal lagi sejauh mana anda mampu membuatkan mereka cepat mesra dengan kita.

Berbeza dengan orang Amerika yang digalakkan untuk senyum setiap hari. Namun berbeza dengan orang Russia, mudah untuk senyum menandakan seseorang berlaku tidak jujur. Jadi di sini membuktikan semua buday boleh bersenyum namun ada penjelasan yang perlu difahami mengikut budaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link