Principal Trainer

KENALI PRINCIPAL TRAINER

Shahrom Hassan K.B,P.A merupakan seorang perunding latihan modal insan dengan niche utama, Bahasa Badan. Beliau juga merupakan seorang Kaunselor Berdaftar (06867) dan Perakuan Amalan (06376) di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau merupakan pemegang lesen antarabangsa dari Body Language Code yang diasaskan oleh Patryk Wezowski.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memiliki Sarjana Sains Sosial & Kemanusiaan (Psikologi Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seorang Principal Trainer dan pengasas kepada program Kursus Pensijilan Malaysia’s Body Language Code (BLC).

Memulakan kerjaya di Yayasan Islam Hadhari sebelum ke Jabatan Latihan Khidmat Negara. Kemudiannya bertugas sebagai pensyarah di Management & Science University (MSU), Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dan perkhidmatan terakhir adalah di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK).

Berpengalaman luas sejak dari 2006 (motivasi sekolah) dan 2013 (bahasa badan & NLP) dalam mengendalikan program dan kursus in-house training dan motivasi melebihi 19,000 peserta yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan korporat di Malaysia & Brunei. Turut memberikan latihan ‘personal coaching’ kepada VIP di Malaysia & Brunei.

Pernah bersiaran di televisyen dan radio seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, Radio IKIM.fm, Radio BERNAMA, Radio Putra.fm, Siakap Keli Live dan mengendalikan segmen Inspirasi KL di Radio KLFM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *